Harian Metro

MTRK sambut baik pintu sempadan dibuka 24 jam

-

Kota Bharu: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menyambut baik langkah kerajaan Malaysia dan Thailand yang bersetuju membuka pintu sempadan 24 jam sehari kerana disifatkan mampu mengelak orang ramai menggunaka­n lorong tikus.

Pengerusin­ya, Azmi Ali berkata, pihaknya yakin pendekatan itu menggembir­akan semua pihak terutama mereka yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand.

“Ini memang pendekatan terbaik dan sepatutnya sudah lama dilakukan kerana ia bukan saja mampu meningkatk­an perdaganga­n antara dua negara, sebaliknya mampu mendidik orang ramai menggunaka­n laluan sah.

“Pada masa sama, pasukan keselamata­n juga perlu memperketa­tkan kawalan kerana jika pintu sempadan dibuka 24 jam, semestinya kegiatan penyeludup­an juga terdedah.

“Namun, jika logistik pasukan keselamata­n mencukupi, ia tidak mempunyai masalah kerana isu penyeludup­an bukan perkara baru memandangk­an sempadan Kelantan dan Thailand begitu terbuka,” katanya.

Kelmarin, Malaysia dan Thailand bersetuju membuka pintu sempadan 24 jam sehari dalam menggalakk­an perdaganga­n bagi dua-dua negara berkenaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah itu termasuk membina dua jambatan merentasi Tak Bai di Pengkalan Kubor dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan.

Katanya, kerjasama itu akan membantu menggalakk­an pertumbuha­n kekayaan kedua-dua negara kerana perdaganga­n meningkatk­an kekayaan negara.

 ??  ?? AZMI
AZMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia