Harian Metro

Reman 7 hari

- Aizat Sharif

„ Setiausaha PKR Kedah disiasat politik wang

suraya@nstp.com.my

Setiausaha PKR Kedah direman tujuh hari mulai semalam untuk membantu siasatan dakwaan pembabitan politik wang dalam pemilihan pemimpin cabang parti itu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 59 tahun itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Jamaludin Elias hingga 31 Oktober ini selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, suspek bersama dua lagi lelaki berusia 46 dan 48 tahun yang ditahan SPRM Kedah bulan lalu dipercayai meminta wang suapan RM20,000 daripada seorang lelaki.

Ia sebagai dorongan supaya namanya didaftarka­n ke dalam sistem parti bagi melayakkan­nya bertanding pada pemilihan kali ini.

Suspek sebelum itu memaklumka­n kepada lelaki terbabit namanya dan beberapa individu lain akan digugurkan daripada sistem, namun boleh dikekalkan jika membayar wang berkenaan.

Terdahulu, suspek yang pernah menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, tiba di pekarangan Mahkamah Alor Setar sambil diiringi dua pegawai SPRM Kedah.

Difahamkan, suspek ditahan jam 4.10 petang kelmarin di Pejabat SPRM Kedah selepas menyerah diri. Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n reman ke atas suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

 ??  ?? SEORANG lelaki diiringi anggota SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar untuk perintah reman, semalam.
SEORANG lelaki diiringi anggota SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar untuk perintah reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia