Harian Metro

Perak bukan kubu kuat Azmin

-

Kuala Kangsar: Seorang pemimpin akar umbi PKR di Perak mendakwa kedudukan negeri itu yang sebelum ini dianggap kubu kuat Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, bakal berubah apabila ahli parti berkenaan semakin menunjukka­n sokongan terhadap agenda perubahan Rafizi Ramli.

Ketua Cabang Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, yakin Rafizi merapatkan jurang undi diperoleh berbanding Azmin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR apabila ahli parti itu di Perak mengundi esok.

Sehingga Ahad lalu, Azmin memperoleh 35,415 iaitu kelebihan 1,119 undi berbanding 34,296 undi yang diperoleh Rafizi.

Arafat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta berkata, sehingga kelmarin beliau bertemu hampir 40 calon ketua, timbalan dan naib ketua cabang di Perak yang menyatakan sokongan terhadap Rafizi.

“Saya yakin dengan agenda perubahan di Perak kerana berdasarka­n prestasi parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) agak teruk apabila hanya menang empat kerusi saja.

“Jadi, dengan agenda perubahan termasuk di peringkat Majlis Pimpinan Negeri (MPN), kita mahu pastikan PKR memperoleh 12 kerusi pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Kalis Masa Depan Sebuah Amanat Bersama YB Nurul Izzah Anwar, dekat sini, kelmarin.

Arafat berkata, agenda perubahan yang dibawa Rafizi membolehka­n suara ahli di peringkat akar umbi dan cabang diambil kira dalam membuat keputusan, yang dianggap gagal dilaksanak­an MPN Perak ketika ini.

Sementara

itu,

Nurul Izzah berkata, semua pemimpin harus menghargai setiap ahli yang membuat pilihan pada pemilihan kali ini.

“Ini bukan soal saya, jawatan itu hanya wadah untuk meneruskan agenda reformasi,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukann­ya yang kini mendapat undian tertinggi dalam persaingan Naib Presiden tetapi pemimpin lain dalam kem Rafizi agak ketinggala­n, beliau berkata:

“Ini penggal ketiga saya (mempertaha­nkan jawatan Naib Presiden), sudah tentu saya mahu merapatkan hubungan pemimpin lain dengan ahli (peringkat akar umbi).

“Sistem (pemilihan) ini bukan mudah, bukan saja memerlukan pengenalan calon di peringkat pusat, tapi perlu memperkena­lkan aspirasi setiap calon,” katanya sambil menganggap pemilihan itu hanya persaingan dalam keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia