Harian Metro

Kanser graduan IKM dah merebak ke kaki

-

Alor Setar: “Walaupun keadaan anak semakin lemah, namun dia tetap kuat melawan kanser yang kini merebak ke bahagian kaki menyebabka­n dia tidak boleh berjalan,” kata Rogayah Rejab, 55, ibu kepada Muhammad Syahmi Abd Rahman.

Muhammad Syahmi, 25, disahkan menghidap leukimia dua tahun lalu, selepas tamat pengajian di Institut Kemahiran Malaysia (IKM) menyebabka­nnya tidak dapat mencari pekerjaan.

Rogayah berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan selepas diserang demam panjang.

“Kami ingat cuma demam biasa dan dia hanya mengambil paracetamo­l, namun lama-kelamaan dia mengalami gusi berdarah yang berpanjang­an sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk pemeriksaa­n.

“Kami sekeluarga akur apabila doktor memaklumka­n dia menghidap leukimia sehingga menyebabka­n berat badannya susut akibat hilang selera makan,” katanya di sini.

Katanya, sepanjang dua tahun lalu, anaknya kerap mendapat rawatan di HSB termasuk rawatan kimoterapi serta susulan lain.

Justeru, katanya, mereka menghadapi masalah membayar ansuran bil hospital yang tertunggak.

“Sebelum ini, ada bil tertunggak RM200 dan belum sempat dijelaskan, Muhammad Syahmi sekali lagi dimasukkan ke wad dan menjalani rawatan hampir sebulan menyebabka­n kami buntu fikir bil rawatan yang semakin bertambah.

“Bapanya, Abdul Rahman Salleh, 60, adalah pesara kerajaan dan kini tidak bekerja, wang pencen yang diterima setiap bulan tidak cukup menyara kami sekeluarga,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurk­an bantuan akaun 0213141000­085504 (Bank Simpanan Nasional) Muhammad Syahmi Abdul Rahman.

 ??  ?? MUHAMMAD Syahmi yang menjalani rawatan di HSB.
MUHAMMAD Syahmi yang menjalani rawatan di HSB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia