Harian Metro

‘Bertabahla­h Azwar’

- Noorazura Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

„ Penyakit misteri menimpa Johan Tilawah Negeri Kedah rupanya ketumbuhan di kepala

“Azwar perlu kuat, ini semua ujian sebab Allah sayangkan Azwar,” kata Che Anisah Md Saad, ibu kepada Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah.

Che Anisah, 42, berkata, dia selalu mengucapka­n kata-kata semangat itu kepada anaknya, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas disahkan mengalami ketumbuhan di kepala.

Katanya, ketumbuhan itu kini menyekat pengaliran air ke tulang belakang dan doktor melakukan pembedahan menebuk bahagian itu bagi mengeluark­an air, Selasa lalu.

“Alhamdulil­lah Azwar kini dalam keadaan stabil cuma kurang bercakap kerana tidak selesa selepas pembedahan, namun dia mampu tersenyum dan mengenali mereka yang melawatnya di HSB.

“Minggu depan doktor akan melakukan imbasan sekali lagi untuk menentukan rawatan seterusnya. Saya harapkan doa orang ramai supaya Azwar sembuh dan kembali bersekolah,” katanya.

Che Anisah berkata, dia berterima kasih kepada kakitangan Hospital Sik yang berkunjung ke rumahnya Sabtu lalu dan membantuny­a membawa Azwar ke HSB.

“Selepas berita mengenai Azwar tersiar, saya dikunjungi pegawai perubatan dari Hospital Sik yang seterusnya merujuk anak saya ke HSB Ahad lalu.

“Selepas itu, Azwar menjalani proses Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Kami akhirnya mengetahui penyakit sebenar Azwar dan dia menerima ketentuan Allah untuknya,” kata ibu kepada lima anak itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Azwar hanya mampu menangis sambil memegang al-Quran selepas penglihata­nnya semakin kabur sejak dua minggu lalu akibat penyakit misteri.

Pada majlis Sambutan Maal Hijrah lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda menjadi antara penerima anugerah yang disampaika­n Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n.

 ??  ?? CHE Anisah memberikan ubat cecair kepada anaknya
selepas menjalani pembedahan di HSB.
CHE Anisah memberikan ubat cecair kepada anaknya selepas menjalani pembedahan di HSB.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 28 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro 28 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia