Harian Metro

Derita Nur Aurora hanya boleh didiagnos selepas 5 tahun

-

Pasir Gudang: “Perlu tunggu lima tahun baru tahu apa penyakit anak saya dan ubat yang sesuai untuknya,” kata Nurul Ain Zakaria, 33, yang risau bayinya yang berusia dua bulan tidak diberi sebarang bantuan ubatan.

Bayinya, Nur Aurora Darmaya Amirul Amri disyaki mengalami kegagalan pernafasan dan mempunyai sindrom penyakit

atau masalah otot lemah yang memerlukan perhatian, selain tiada bantuan ubatan berikutan usianya masih kecil.

Nurul Ain yang juga ibu tunggal berkata, dia berulang alik ke Hospital Sultan Ismail di sini, bagi menjalanka­n pemeriksaa­n fizikal termasuk pemantauan serangan sawan anaknya.

Katanya, doktor tidak dapat mengesahka­n penyakit anaknya dan sebaik dilahirkan 9 Ogos lalu, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Yang saya tahu ketika dilahirkan dengan berat 2.79 kilogram, dia lambat menangis dan badannya lembik selain tidak boleh bergerak sendiri.

“Selepas dipindahka­n ke wad kuarantin, beratnya terus menurun. Doktor beritahu dia lahir tidak normal sehingga menyebabka­n saya membawanya pulang.

“Anak saya tidak diberi ubat, jadi saya tidak mahu dia berada lama di situ. Ketika buat ujian mesin pengimbas Imej Resonan Magnetik (MRI), baru saya tahu struktur dalam otak dia tidak normal.

“Sekarang dia hanya menjalani rawatan fisioterap­i setiap minggu. Anak pernah kena sawan ketika tidur sedangkan dia tidak demam.

“Ketika itu, dia mengalami sesak nafas selama tiga minit sehingga merisaukan saya,” katanya di rumah ibu bapanya di Taman Air Biru, semalam.

“Saya berharap orang ramai boleh memberi sumbangan untuk membeli susu dan lampin pakai buang, selain menyegerak­an kos yang boleh membantuny­a pulih,” katanya.

Mereka yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyumbang ke akaun Public Bank 6818759121 atas nama Nurul Ain Zakaria.

 ??  ?? NUR Aurora
NUR Aurora

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia