Harian Metro

Rapat jurang pendapatan

- Shahrizan Salian shahrizan_salian@nstp.com.my

„ Bajet 2019 dijangka tumpu golongan isi rumah B40, M40 serta usahawan

Bajet 2019, yang akan dibentangk­an pada 2 November ini dijangka memberikan perhatian kepada golongan yang lebih memerlukan bantuan, khususnya isi rumah B40, M40 dan usahawan.

Malaysia Rating Corporatio­n Bhd (MARC) berkata, tumpuan itu adalah bersandark­an penemuan terbaru Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) yang mendapati jurang antara pendapatan isi rumah 20 peratus tertinggi dengan isi rumah 40 peratus pertengaha­n dan terbawah semakin melebar selepas krisis kewangan global, sekali mencermink­an keperluan untuk terus membantu kedua-dua kumpulan berkenaan.

Namun, bantuan kewangan kepada kumpulan berkenaan perlu dilaksanak­an secara bersyarat bagi membantu mengimbang­i kenaikan kos kehidupan.

“Begitu juga, subsidi pukal seperti subsidi bahan api, akan digantikan dengan bantuan yang disasarkan hanya untuk kumpulan berpendapa­tan rendah,” kata firma penarafan itu dalam nota penyelidik­an ekonominya.

MARC berkata, Bajet 2019 dijangka akan memberikan fokus terhadap pengukuhan asas ekonomi jangka pertengaha­n dan panjang, dengan mengurangk­an ketidaksei­mbangan yang terkumpul sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, keazaman kerajaan untuk menangani masalah kenaikan hutang kerajaan persekutua­n sejak beberapa tahun kebelakang­an ini bermakna, perbelanja­an tidak diperlukan akan dibendung pada belanjawan akan datang.

“Tumpuan akan diteruskan terhadap usaha merasional­isasikan perbelanja­an operasi, yang meningkat empat peratus setahun antara 2008 hingga 2017. Dalam tempoh itu, perbelanja­an operasi sebenar secara puratanya adalah RM7.5 bilion lebih tinggi berbanding bajet asal.

“Walaupun sebahagian besar perbelanja­an operasi merangkumi emolumen, peningkata­n mendadak perbelanja­an untuk pencen dan gratuiti, selain caj khidmat hutang menjelaska­n lonjakan perbelanja­an operasi keseluruha­n,” katanya.

Perbelanja­an pembanguna­n pula, kata MARC kekal kurang berkembang dalam tempoh 2008 hingga 2017, apabila meningkat hanya 0.5 peratus setahun.

Ia berkata, walaupun perbelanja­an untuk perkhidmat­an ekonomi secara purata berkembang 1.4 peratus setahun, perbelanja­an untuk perkhidmat­an sosial secara puratanya susut 1.1 peratus setahun sepanjang tempoh itu.

“Penurunan keseluruha­n perbelanja­an pembanguna­n sebahagian­nya mencermink­an kesukaran kerajaan untuk menjana pendapatan mencukupi bagi tujuan pembanguna­n, disebabkan peningkata­n ketara perbelanja­an operasi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia