Harian Metro

Subsidi petrol secara bersasar

-

Kuala Lumpur: Golongan berpendapa­tan terendah akan diberikan kad khas sebagai mekanisme dalam menyalurka­n subsidi petrol secara bersasar.

Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kad petrol RON95 itu akan diberikan kepada golongan golongan berpendapa­tan terendah (B40) jika ia dilaksanak­an.

Bagaimanap­un, katanya, sebarang keputusan berhubung mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar akan mengutamak­an kaedah pelaksanaa­n yang mudah dan lancar.

“Had penggunaan yang dibenarkan dan jenis sistem untuk membaca kad itu juga sedang diteliti kerana kita ingin memastikan kaedah pelaksanaa­n berjalan secara licin dan lancar.

“Dasar baik kalau pelaksanaa­n kucar-kacir dan tumbang, hasilnya tak bagus. Kalau memberi subsidi ketika harga minyak naik pula akan membebanka­n kewangan kerajaan, jadi semua perkara ini harus diteliti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Saifuddin dilaporkan berkata, KPDNHEP dan Kementeria­n Kewangan dalam peringkat perbincang­an mengenai mekanisme baharu subsidi petrol bersasar bersama pihak berkepenti­ngan.

Sementara itu, Saifuddin memberi jaminan meletakkan isu subsidi petrol sebagai tugas pertamanya ketika ini sebagai usaha untuk meringanka­n beban dan kos sara hidup rakyat.

Ditanya sama ada mekanisme subsidi petrol bersasar itu akan diumumkan dalam pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November depan, Saifuddin berkata beliau ada memaklumka­n perkara itu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Doakan supaya rundingan selesai cepat dan saya sempat cadangkan segera kepada Menteri Kewangan untuk masukkan dalam Bajet 2019,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia