Harian Metro

DIA MENGKAJI NYANYIAN SALOMA

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5),

Dia Fadilla berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Seni Persembaha­n Muzik (Pusat Kebudayaan) sempena Istiadat Konvokesye­n Universiti

Malaya ke-58 di Dewan Tunku Canselor, di pusat pengajian tinggi itu, baru-baru ini.

Dia, 34, mengambil masa empat tahun untuk menamatkan pengajiann­ya dengan memilih tajuk kajian Stail Nyanyian Saloma Daripada Perspektif Vokal Klasikal Barat: Register (Vokal).

Dia berkata, ‘vocal register’ atau penempatan vokal antara elemen sangat penting dalam nyanyian atau teknik vokal.

“Seorang penyanyi tidak boleh memaksimum­kan kualiti vokal, jangkauan vokal (vocal range), pembentuka­n posisi pita suara (vocal cord) atau kualiti ton tanpa menguasai vocal register.

“Jadi, saya cuba mengkaji bagaimana Puan

Sri Saloma menyanyika­n lagunya menjadi malar segar sehinga kini,” katanya. Namanya mula dikenali menerusi filem Lagenda Budak Setan dan Di Larang Masuk pada awal pembabitan dalam bidang lakonan.

Ketika namanya meniti populariti, pelakon Shiqin

Kamal berundur seketika untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali gus memenuhi impian arwah ibunya.

Selepas berjaya membawa pulang segulung ijazah Sarjana Muda

Sains Aktuari, Shiqin membuat kemunculan semula pada 2014.

Namun, Shikin akur bukan mudah baginya untuk kembali membina nama kerana tawaran berlakon tidak serancak dulu.

Bagi pemilik nama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal, 27, dia tidak menyesal berhenti berlakon ketika namanya meniti di bibir peminat ketika itu.

“Saya terkilan kerana terpaksa menolak banyak tawaran ketika itu kerana percaya perancanga­n Allah SWT lebih baik.

“Saya juga bersyukur kerana berjaya memenuhi impian arwah ibu dengan membawa pulang ijazah yang diimpikan ketika hayatnya dulu.

“Pada masa sama, saya sempat menjaga arwah ibu dan berada di sisinya ketika dia menghembus­kan nafas terakhir di hospital pada 2014.

“Arwah ibu menderita penyakit Parkinson selama 20 tahun dan saya serta kakak bergilir menjaganya sebelum ini,” katanya kepada RAP.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia