Harian Metro

Dia lepasi halangan

- DARI MUKA R33

Dia atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu

Bakar gembira, bersyukur dan berterima kasih kepada suami, ibu bapa dan dua anaknya, Qaseh Dhiya serta Chinta Qadisa yang sentiasa menyokongn­ya sepanjang bergelar pelajar di Universiti Malaya (UM).

“Terima kasih juga kepada tenaga pengajar di Pusat Kebudayaan yang banyak membantu saya menamatkan pengajian.

“Saya perlu menyusun jadual harian ikut keadaan semasa, apabila hamil seterusnya melahirkan anak dan berpantang sambil menjalanka­n tanggungja­wab sebagai isteri serta ibu pada masa yang sama bukan mudah.

“Pengajian perlu ditangguhk­an untuk beberapa semester, alhamdulil­lah saya berjaya mengharung­inya,” katanya yang memulakan pengajian peringkat sarjana pada 2014.

Katanya, dia berhasrat menyambung pengajian di UM kerana terkesan dengan sumbangan bapa mentuanya iaitu bekas Naib Canselor UM Allahyarha­m Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad.

“Keinginan menyambung pengajian di universiti tertua dan terbaik di negara ini juga turut didorong kakak ipar saya yang juga pensyarah di sini (UM). Sebelum ini, saya adalah lepasan Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi MARA,” katanya.

Dia berasakan bertanggun­gjawab untuk berkongsi ilmu yang dipelajari dengan mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam bidang hiburan di Malaysia.

Dia pernah muncul dengan dua album iaitu Dia pada 2004, Na Na Na.Kataku (2007) dan satu album kompilasi Terbaik Dariku (2009).

Dia turut diberi penghormat­an menyanyika­n lagu pada sesi selingan pada istiadat konvokesye­n itu.

Untuk rekod, Istiadat Konvokesye­n UM kali ke-58 yang bermula pada 20 Oktober lalu menyaksika­n 5,279 graduan menerima ijazah masing-masing.-Nor Akmar Samudin

Tangguh pengajian untuk beberapa semester apabila

melahirkan anak dan berpantang

 ??  ?? DIA meraikan kejayaan bersama suami, anak dan ibu bapanya.
DIA meraikan kejayaan bersama suami, anak dan ibu bapanya.
 ??  ?? KELUARGA mendorong kejayaan Dia.
Keinginan menyambung pengajian di universiti tertua dan terbaik di negara ini juga turut didorong
kakak ipar saya yang juga pensyarah di sini (UM)
KELUARGA mendorong kejayaan Dia. Keinginan menyambung pengajian di universiti tertua dan terbaik di negara ini juga turut didorong kakak ipar saya yang juga pensyarah di sini (UM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia