Harian Metro

Sinonim watak antagonis

Shiqin terima tawaran untuk mencabar kemampuan diri

- DARI MUKA R33

Kali terakhir, Shiqin berlakon filem ialah menerusi Warna Cinta Impian yang menemui penonton pada 2016.

“Saya ditawarkan berlakon filem itu pada penghujung 2014 selepas tamat pengajian.

“Dalam filem arahan N S Krishna itu, saya berganding­an dengan Erwin Dawson, Awie dan Erra Fazira.

“Mungkin kurang promosi, filem itu tidak menyerlahk­an nama saya,” katanya.

Selain filem itu, Shiqin turut berlakon dalam beberapa drama dan program untuk saluran RTM iaitu Seharum Rindu, Degup Cinta serta program Travelogue Hamparan Alam yang sudah bersiaran di kaca televisyen.

DIKENALI DENGAN WATAK

ANTAGONIS

Bukan semua pelakon terutama bakat baru mampu melakonkan watak antagonis dengan baik.

Shiqin akui dia terima tawaran melakonkan watak antagonis untuk mencabar kemampuan diri.

“Pada mulanya, saya risau melakonkan watak antagonis di kaca TV kerana pernah dikecam netizen menerusi drama Cinta Si Wedding Planner.

“Namun, saya sukar menolak kerana majoriti tawaran yang datang adalah untuk bawa watak antagonis,” katanya.

Terbaru, Shiqin diberi kepercayaa­n menjayakan drama bersiri 100 episod, Jodoh Jodoh Anisa terbitan Global Station.

“Sekali lagi, saya ditawarkan watak antagonis dalam cerita ini.

“Tampil sebagai Rita yang juga kakak ipar watak utama iaitu Anisa lakonan Izara Aisyah, saya dapati ia sangat menaik dan lain daripada yang lain.

“Luaran Rita nampak baik dan dia juga tidak tampil dengan imej seksi seperti watak jahat yang biasa ditonton dalam drama,” katanya.

Shiqin berkata, dia dan barisan pelakon akan berkampung di lokasi penggambar­an drama bersiri itu sehingga Mac tahun depan.

“Penggambar­an drama ini membabitka­n lokasi utama di Melaka.

“Saya memang memberikan sepenuh komitmen untuk menyelesai­kan baki penggambar­an drama ini.

“Saya juga menaruh harapan cerita ini akan mendapat sambutan dan lakonan memberi impak kepada penonton nanti,” katanya.

Saya sukar menolak kerana majoriti tawaran yang datang adalah untuk bawa watak antagonis Shiqin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia