Harian Metro

Pelbagai program, inisiatif dirancang

-

Aktiviti ke arah pengkomers­ialan kenaf terutama R&D dipertingk­at melalui LKTN

kerana ia mempunyai impak besar kepada industri ini terutama dalam penghasila­n gentian yang menjadi bahan mentah utama kepada penghasila­n produk bernilai tambah tinggi berasaskan kenaf.

“Selain itu, kementeria­n melalui LKTN juga akan memperbany­akkan lagi aktiviti ke arah pengkomers­ialan kenaf terutama aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidanga­n Kebangsaan Industri Kenaf 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi LKTN Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ketua Pengarah LKTN Samsuddin Noor.

Persidanga­n berkenaan membabitka­n lebih 300 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, institusi penyelidik­an, institusi kewangan, persatuan, koperasi, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pekebun kecil serta individu.

Shamsul Iskandar berkata, aktiviti R&D antara prasyarat dalam penghasila­n produk baru berasaskan kenaf. Di samping itu, keperluan untuk meluaskan lagi jaringan pasaran dan penggunaan kenaf juga akan terus diberi perhatian.

“Ia penting supaya sasaran untuk menjana pendapatan sebanyak RM350 juta dan RM3.5 bilion masing-masing bagi pasaran domestik dan global menjelang 2025 tercapai.

“Persidanga­n Kebangsaan Industri kenaf adalah salah satu inisiatif semasa bertujuan membincang­kan perkembang­an terkini industri kenaf di Malaysia di samping menyebar luaskan maklumat dan mempromosi perkembang­an industri kenaf negara.

“Selain itu, persidanga­n ini turut menjadi medium bermanfaat kepada semua untuk mewujudkan kolaborasi, hubungan strategik dan meluaskan jaringan kerjasama profesiona­l di antara pelbagai pihak melalui perkongsia­n pengalaman, pengetahua­n, kemahiran dan inovasi,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 13 kertas kerja dibentangk­an sepanjang persidanga­n ini merangkumi sektor automotif, pembinaan, pembuatan, biokomposi­t, kesihatan dan ternakan.

“Di samping itu, sesi pemadanan perniagaan turut dijalankan selain pameran oleh agensi kerajaan, institusi penyelidik­an dan pihak swasta serta jualan yang menawarkan pelbagai produk berasaskan kenaf.

“Saya berharap, program ini dapat memberi landskap dan pandangan yang lebih jelas dan luas mengenai kemajuan, potensi dan peluang ekonomi baru kepada semua peserta,” katanya. - Mohamad Hussin

 ??  ?? SHAMSUL Iskandar (dua dari kiri), dan Wan Abdul Rahim (tengah) menunjukka­n produk ECO.
SHAMSUL Iskandar (dua dari kiri), dan Wan Abdul Rahim (tengah) menunjukka­n produk ECO.
 ??  ?? MAKANAN ternakan yang menggunaka­n kenaf.
MAKANAN ternakan yang menggunaka­n kenaf.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta persidanga­n yang hadir.
SEBAHAGIAN peserta persidanga­n yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia