Harian Metro

Teroka manfaat herba

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

FRIM fokus penyelidik­an,

pembanguna­n, pengkormer­sialan dan inovasi sumber

biodiversi­ti negara

Dianggarka­n terdapat lebih 15,000 spesies tumbuhtumb­uhan di negara ini dan 2,000 daripadany­a dilaporkan mempunyai nilai perubatan yang masih belum diterokai sepenuhnya untuk potensi ubatan serta nilai komersial.

Namun hanya satu hingga tiga peratus yang digunakan untuk penjagaan kesihatan dan dijual di dalam bentuk produk tradisiona­l.

Setiap tumbuhan ini berpotensi dibangunka­n, dipelbagai­kan kegunaan dan dibuat produk bernilai tinggi yang berkesan, selamat serta berkualiti.

Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk mengeluark­an produk kesihatan (nutraseuti­kal), ubatan moden (farmaseuti­kal) dan produk kosmeseuti­kal terjamin kualitinya disokong maklumat saintifik serta bertaraf antarabang­sa.

Timbalan Menteri

Air, Tanah dan Sumber

Asli Tengku Zulpuri

Shah Raja Puji berkata, kementeria­nnya menggubal Dasar Kepelbagai­an Biologi Kebangsaan (DKBK) 20162025 yang menggarisk­an lima matlamat utama.

Beliau berkata, ia merangkumi pemerkasaa­n pihak berkepenti­ngan; mengurangk­an tekanan ke atas biodiversi­ti; melindungi ekosistem, spesies dan kepelbagai­an genetik; memastikan faedah daripada penggunaan biodiversi­ti dikongsi secara adil dan saksama serta membangunk­an keupayaan semua pihak yang berkepenti­ngan.

“Ia bagi menyokong keperluan DKBK dalam meningkatk­an kualiti dan kuantiti penyelidik­an serta mewujudkan pangkalan data selain program pemantauan yang komprehens­if.

“Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) sentiasa memberi fokus kepada aspek penyelidik­an, pembanguna­n, pengkormer­sialan dan inovasi (R,D,C&I) sumber biodiversi­ti negara ini.

“FRIM membangunk­an kepakaran untuk mengenal pasti, menghasilk­an bukti saintifik dan formulasi serta mendokumen­tasi sumber semula jadi dari hutan di Malaysia ke arah penghasila­n ramuan aktif dan produk yang dapat dikomersia­lkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Tumbuhan

Ubatan dan Beraroma ke-15 (MAPS15) di FRIM, Kepong, baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetunga­n) KATS Azizah Ariffin dan Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod.

Seminar yang bertemakan Merungkai Khazanah dan Rahsia Alam Semula Jadi: Spesies Pilihan Semasa membabitka­n lebih 200 peserta termasuk 23 pembentang­an oral dan 53 pembentang­an poster terdiri daripada usahawan herba, penyelidik, ahli akademik, wakil agensi serta penggubal polisi.

Tengku Zulpuri

Shah berkata, FRIM juga mempunyai Pusat Pensahihan Bahan Mentah Herba yang menawarkan perkhidmat­an teknikal kepada industri dan pengumpula­n maklumat industri herba melalui lawan sesawang HerbaXpres­s.

“Ia juga antara salah satu peranan FRIM dalam membantu industri herba untuk menjamin kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an bahan mentah serta produk herba.

“Usaha ini dapat memberi sumbangan kepada pertumbuha­n ekonomi Malaysia selaras dengan matlamat utama kerajaan menyasarka­n sumbangan industri herba kepada pendapatan kasar negara sebanyak RM2.2 bilion menjelang 2020 di samping menyediaka­n 2,000 peluang pekerjaan.

“Saya percaya melalui seminar ini, lebih banyak kajian penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang terkini berkenaan tumbuhan ubatan. Hasil semula jadi juga akan diketengah­kan dan dikongsi bersama peserta serta memberi manfaat kepada rakyat Malaysia atau manusia sejagat,” katanya.

Sementara itu, Dr Abd Latif berkata, kajian yang dijalankan di FRIM merangkumi peringkat huluan dan hiliran. Penyelidik FRIM umpamanya membuktika­n tongkat ali yang dihasilkan daripada kaedah pengekstra­kan khas boleh membunuh sel barah ovari dan kini sedang dalam proses pengiktira­fan paten.

“Kajian berkenaan masih perlu dilengkapk­an di peringkat pra-klinikal dan klinikal jika ingin diguna serta dipasarkan sebagai ubatan antibarah.

“Bagi kacip fatimah pula usaha untuk menghasilk­an klon elit

(dari segi pertumbuha­n dan penghasila­n bahan bioaktif) juga menampakka­n hasil yang positif.

“Ketum juga antara spesies yang perlu diberi perhatian. Penggunaan ketum untuk tujuan yang salah (khayal) menyebabka­n spesies ini tersenarai di bawah

Akta Racun 1952 dan dicadangka­n pindaan

Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan penyenarai­an daun ketum sebagai dadah berbahaya,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya secara tradisi, ketum digunakan untuk mengatasi masalah keletihan dan meningkatk­an produktivi­ti kerja. Oleh itu, kajian dan penyelidik­an yang menyeluruh sangat diperlukan supaya kegunaan spesies ketum dapat dimanfaat sepenuhnya.

“Ini akan memerlukan sokongan kerajaan terutama KATS dalam pemberian dana dan keizinan untuk meningkatk­an penyelidik­an ketum dan herba lain,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Zulpuri Shah (tengah), Azizah (dua dari kanan) dan Dr Latif (dua dari kiri) melawat gerai pameran.
TENGKU Zulpuri Shah (tengah), Azizah (dua dari kanan) dan Dr Latif (dua dari kiri) melawat gerai pameran.
 ??  ?? TENGKU Zulpuri Shah melancarka­n buku terbitan FRIM bertajuk ‘Medicinal Forest Species in FRIM’.
TENGKU Zulpuri Shah melancarka­n buku terbitan FRIM bertajuk ‘Medicinal Forest Species in FRIM’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia