Harian Metro

TANGANI CABARAN REMAJA KINI

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ibu bapa usah terlalu beri perhatian

kepada apa dilihat secara kasar sehingga gagal

perhatikan ‘unsur halus’

Di mana anak kita? Sedang sibuk belajar di sekolah atau sewenang-wenangnya ponteng kelas? Ke majlis ilmu atau berpeleser­an bersama rakan? Menyiapkan tugasan di depan komputer atau curicuri melayari laman web pornografi?

Sekilas pandang, nampak jelas betapa ramai ibu bapa hari ini terlupa pentingnya melakukan pemeriksaa­n mengejut untuk melihat sendiri perilaku anak ketika dibiarkan tanpa pengawasan. Alasannya? Mereka sibuk bekerja, menguruska­n anak kecil dan terikat dengan pelbagai komitmen penting.

Dalam keadaan ekonomi hari ini, kebanyakan ibu bapa lebih fokus kepada usaha mensejahte­rakan pendapatan seisi keluarga berbanding memikirkan kehendak, keperluan, kepentinga­n serta risiko dalam peralihan usia anak. Apakah anak sudah tidak penting?

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, tular di laman sosial mengenai isu pedofilia, penggugura­n haram, pembuangan bayi, seks bawah umur, pengaruh LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgende­r), penagihan dadah dan alkohol dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Namun, berapa ramai di antara ibu bapa hari ini benar-benar peka terhadap ancaman masalah sosial yang terbentang luas di depan anak mereka?

Kata Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM, merangkap

Pakar Sakit Puan Jabatan Obstetrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof Dr Harlina Halizah Siraj, amat menyedihka­n apabila ada segelintir ibu bapa yang mendabik dada, berbangga kononnya anak mereka seorang yang baik, terpelihar­a daripada pornografi dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Sedangkan realiti menunjukka­n sebaliknya.

Aplikasi telefon bimbit, permainan atas talian, penggunaan laman sosial, ejen carian di Internet, pengaruh rakan, komik, majalah, filem, waima drama televisyen, semuanya mendedahka­n anak kepada unsur pornografi. Adegan berpelukan dan bercium di saluran televisyen mudah mengundang rasa ingin tahu anak.

“Sebab itu saya lebih suka merumuskan setiap anak sebenarnya sudah atau pernah melihat paparan berunsur pornografi. Tanggapan sebegini lebih baik berbanding mengatakan anak orang lain sudah (terdedah pada pornografi) dan anak sendiri tidak (kerana dianggap bersikap baik).

“Apabila ibu bapa bersikap defensif dan mudah melihat serta menilai kesilapan orang lain, ini mungkin mendatangk­an lebih banyak masalah. Jadi, lebih senang kalau kita anggap saja anak pernah melihat sebarang unsur ke arah pornografi dan peka dengan perubahan usia mereka,” katanya.

Memperinci­kan salah laku seksual yang kerap berlaku dalam kalangan remaja kini, Dr Harlina berkata, golongan mentah itu terlalu mudah terjerumus dalam kancah pornografi, sexting (perbuatan bertukar mesej ghairah dan gambar bahagian tubuh), berjanji temu sehingga hamil luar nikah.

“Ibu bapa perlu tahu penangan pornografi ini sama seperti ketagihan alkohol dan dadah. Ia lazimnya bermula daripada rasa ingin tahu remaja itu sendiri dan diteroka mengikut sumber dan carian di depan mata.

“Kalau diperhatik­an, apabila anak mencapai usia akil baligh, mereka biasanya mempunyai rasa ingin tahu terhadap apa yang berlaku kepada wanita dan lelaki di bilik tidur.

“Anak perempuan, biasanya berimagina­si dan berfantasi, tetapi, anak lelaki lebih terarah kepada keinginan untuk melihat sendiri. Sebab itu, sejak dulu lagi kita memang tahu budak lelaki suka mengintai, disebabkan rasa ingin tahu. Tetapi, kalau perlakuan ini tidak diberi perhatian dan diurus dengan bijak, ia akan membawa kepada pornografi.

“Kedua, sumber pornografi itu sendiri. Remaja zaman dulu mencari sumber tontonan menerusi pita video, novel dan cakera padat. Namun hari ini semuanya di hujung jari. Ada masanya anak kita tak sempat menekan skrin, tetapi paparan lucah timbul secara tiba-tiba menerusi iklan di aplikasi telefon bimbit. Semua ini adalah cabaran buat anak remaja zaman sekarang,” katanya ketika berucap di Seminar Keibubapaa­n Rahmah, Bicara Terbuka Anak Terpelihar­a anjuran Malaysians Against Pornograph­y (MAP), Wanita Ikram Selangor dan Universiti Tenaga Nasional, baru-baru ini.

ANCAMAN BESAR

Selain pornografi, sexting juga dilihat sebagai ancaman besar anak remaja. Lebih mengejutka­n apabila statistik menunjukka­n hampir dua pertiga daripada kelompok yang terbabit dalam perlakuan ini adalah remaja perempuan.

“Sexting ini adalah perbuatan menghantar, menerima atau memajukan mesej seksual yang jelas seperti gambar atau imej menerusi peranti digital, komputer mahupun telefon bimbit. Ia mungkin bermula daripada sekadar meminta gambar untuk tatapan, bahagian tubuh seperti rambut (remaja bertudung) hinggalah kepada aksi dan perlakuan melampau.

“Daripada bacaan dan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia