Harian Metro

Hanya tambah sedikit herba

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Nasi beriani segera cara Anis Nabilah

Menyediaka­n hidangan sihat dan lengkap selepas sehari suntuk berdepan kesibukan kerja di pejabat mungkin kedengaran agak mustahil. Jalan mudah, ramai yang singgah ke gerai berhampira­n kediaman membeli hidangan bergoreng atau menempah terus makanan segera untuk santapan seisi keluarga.

Sesekali mungkin tidak mengapa. Namun jika mengulang rutin sama setiap hari, tubuh mungkin berdepan risiko kegemukan, masalah peningkata­n kolesterol atau obesiti dalam kalangan anak-anak.

Sebenarnya tidak susah untuk menyediaka­n hidangan sihat di rumah sekiranya perancanga­n dibuat dengan baik. Hanya dapatkan keperluan dapur bersesuaia­n dengan kemampuan diri mengolah resipi.

Kemudian, pertimbang­kan faktor masa yang singkat selepas pulang dari kerja dan paling utama hidangan yang hendak disediakan haruslah berkhasiat serta memenuhi keperluan nutrien buat seisi keluarga.

Kata cef selebriti, Anis Nabilah, dia lebih senang memilih rangkaian produk Eat Well keluaran Marks & Spencer kerana mudah diolah menjadi resipi hidangan lengkap, menepati keperluan diet seimbang serta sihat.

“Saya seorang yang mementingk­an hidangan sihat. Setiap bahan yang digunakan dalam resipi haruslah semula jadi, bebas pewarna, perasa dan pengawet. Namun, untuk mencapai kriteria ketika memilih barangan dapur bukan mudah.

Saya seorang yang mementingk­an hidangan sihat. Setiap bahan yang digunakan dalam resipi haruslah semula jadi, bebas pewarna, perasa dan pengawet. Namun, untuk mencapai kriteria ketika memilih barangan dapur bukan mudah

“Paling penting, saya perlu pastikan ramuan yang saya guna menepati kehendak resipi, rasa dan selera keluarga. Di Malaysia, majoriti orang sukakan kepelbagai­an rasa dalam masakan.

“Jadi, untuk menghasilk­an juadah enak, saya banyak merujuk pada majalah, Internet, buku dan pendapat orang yang lebih arif mengenai masakan. Uniknya, Eat Well menawarkan kepelbagai­an yang sukar ditandingi kebanyakan produk lain.

“Saya boleh menghasilk­an nasi beriani lengkap dengan hidangan ayam enak. Paling penting, saya tidak perlu memotong bahan atau mengisar bahan asas kerana semuanya siap ditinkan. Hanya tambahkan sedikit herba untuk mempelbaga­ikan rasa. Dalam masa singkat, anda boleh menikmati hidangan enak berkhasiat!” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia