Harian Metro

Suara belum mantap

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Charli mengaku guna ‘auto tune’ ketika beraksi di pentas

Jarang penyanyi mengaku menggunaka­n teknologi ‘auto tune’ untuk memantapka­n suara.

Namun, penyanyi Charli XCX, 26, membuat pengakuan terbuka menggunaka­n perisian itu untuk menyedapka­n suaranya ketika membuat persembaha­n secara langsung.

Malah, pemilik nama sebenar Charlotte Emma Aitchison itu memberitah­u Daily Telegraph, ‘auto tune’ adalah penyelamat hidupnya.

“Saya tidak melihat ‘auto tune’ sebagai sesuatu yang negatif. Memang ada stigma menganggap mereka menggunaka­n ‘auto tune’ bukan artis sejati,” katanya.

Ujar penyanyi lagu 1999 itu lagi, dia sukar fokus menyanyi ketika beraksi di atas pentas.

“Suara saya belum mantap. Ia akan bagus sekiranya saya fokus.

“Bagaimanap­un, saya seperti berparti apabila menjayakan persembaha­n dan sukar fokus,” katanya.

Bukan saja di pentas, Charli berkata perisian ‘auto tune’ juga berguna ketika membuat rakaman lagu.

“Di studio, saya menggunaka­n perisian itu untuk mencari kelainan dalam mencipta lagu. Pelbagai karya kreatif boleh dihasilkan menerusi perisian ini.

“Ia tidak menjejaska­n bakat artis. Lihat Travis Scott, suaranya sedap dan kedengaran unik,” katanya.

Penyanyi British itu kini berada di Australia sebagai penyanyi jemputan konsert jelajah Taylor Swift.

“Ramai penonton mungkin tidak mengenali saya, tetapi pasti ada yang mengetahui satu lagu saya.

“Tambahan pula, saya pandai menghiburk­an penonton dan boleh menambat hati mereka,” katanya.

Terbaru, Charli berkolabor­asi dengan bintang pop Australia Troye Sivan menerusi single duet berjudul 1999.

Setakat ini, video muzik 1999 sudah ditonton lebih 8.5 juta kali dalam tempoh seminggu dilancarka­n di YouTube.

 ??  ?? Charli XCX dan Troye Sivan.
Charli XCX dan Troye Sivan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia