Harian Metro

Bantulah dulu negara kita...

- BERNAMA

„ Pekerja mahir Malaysia diseru bersama bantu kembali kedudukan Harimau Asia

Rakyat Malaysia yang mencipta kejayaan di luar negara diharap dapat membantu menyumbang ke arah pembinaan Malaysia Baharu.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada majlis makan malam bersama-sama diaspora Malaysia di Vietnam di sini, kelmarin.

Beliau berkata, firma pengurusan pelaburan global, Schroders dalam laporannya bagi Jun menyatakan antara masalah terus melanda ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad lalu kerana penghijrah­an cerdik pandai.

Kata beliau, penghijrah­an rakyat Malaysia yang berkemahir­an tinggi menyebabka­n negara itu kehilangan modal insan terbaiknya, sekali gus menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi serta mengurangk­an hasil cukai di samping menambah bebanan di bahu mereka yang terus kekal di Malaysia.

Dr Wan Azizah berkata, menurut laporan berita, seorang daripada setiap 10 pekerja mahir Malaysia merancang meninggalk­an Malaysia bagi mencari kehidupan lebih baik dan bersaing di arena antarabang­sa.

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan baharu Malaysia berwawasan mengembali­kan kedudukan negara itu sebagai ‘Harimau Asia’ dalam ekonomi.

Bagaimanap­un, kata beliau, cita-cita itu memerlukan usaha keras, terutama dalam mengurangk­an hutang negara.

“Negara yang mampu berdikari adalah sebuah negara merdeka, negara bebas daripada dibelenggu hutang dengan sesiapa.

“Kita mahu membina sebuah negara yang masyarakat­nya tidak perlu bergantung pada pemberian orang lain,” katanya.

Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam bermula kelmarin dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.

 ??  ?? DR Wan Azizah (depan dua dari kiri) bersama Nguyen Xuan Phuc (depan, tengah) selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Vietnam itu di Pejabat Kerajaan Vietnam.
DR Wan Azizah (depan dua dari kiri) bersama Nguyen Xuan Phuc (depan, tengah) selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Vietnam itu di Pejabat Kerajaan Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia