Harian Metro

Sindiket penyeludup­an kereta sasar Sabah pasaran baru

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Jabatan pengangkut­an Jalan Malaysia (JPJ) mengesahka­n sindiket penyeludup­an kereta klon kini menjadikan Sabah sebagai pasaran baru mereka sejak pertengaha­n tahun ini.

Mengulas perkara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid berkata, ada pemandu menggunaka­n kereta klon di Sabah, namun perkara itu masih dalam kawalan pihaknya.

“Saya mengesahka­n ada tangkapan kenderaan klon di Sabah namun belum dapat dipastikan sama ada ia diseludup dari Brunei atau Singapura. Semua kereta ini dihantar melalui Pelabuhan Klang.

“Pegawai JPJ ada buat tangkapan baru-baru ini dan kami masih menyiasat bagaimana kenderaan lupus itu boleh berada di sana,” katanya, ketika dihubungi.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah menyita lapan kereta klon membabitka­n Mitsubishi Grandis, Toyota Wish, Nissan Latio, Suzuki Swift, Honda Stream dan Honda Civic.

“Masih ada banyak kereta ini di Sabah kerana sekarang ini operasi hanya dijalankan sekitar Kota Kinabalu saja,” katanya.

Selain Singapura, kereta klon dipasarkan sindiket penyeludup­an di Sabah dipercayai turut dibawa masuk dari Brunei dan Thailand.

Menurut sumber, sindiket menyasarka­n peminat kenderaan yang mahukan harga lebih murah berbanding yang ditawarkan di pasaran.

Katanya, pada kebiasaan pembeli akan membuat bayaran secara tunai, namun bagi sesetengah kes khususnya yang kurang berkemampu­an, mereka boleh membayar secara ansuran.

“Contoh harga untuk urus niaga secara tunai bagi sebuah Honda Odyssey Absolutely antara RM20,000 hingga RM30,000.

“Tapi kalau secara ansuran harga kereta klon itu boleh mencecah

 ??  ?? SHAHARUDDI­N
SHAHARUDDI­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia