Harian Metro

Rumah tak terjual cecah RM22.5b

- Luqman Arif Abdul Karim Cnews@nstp.com.my

Lambakan rumah tak laku. Itu yang berlaku apabila nilai rumah tidak terjual, sebahagian besarnya kategori mampu milik mencecah nilai RM22.5 bilion.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, unit kediaman itu cuba dijual menerusi ekspo pemilikan kediaman yang dijangka diadakan Januari depan.

Beliau berkata, penelitian pihaknya mendapati 73 peratus daripada kediaman tidak terjual itu bernilai RM250,000 ke atas dan hartanah berkenaan dikategori­kan sebagai rumah mampu milik.

“KPKT (Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan), REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) dan pemaju sudah berunding untuk mengadakan ekspo pemilikan kediaman seperti yang pernah dianjurkan pada 1998 serta 1999.

“Program ini akan diadakan dalam tempoh terdekat, dijangkaka­n Januari kerana kita tunggu (perincian daripada) pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November ini.

“Kita sudah bincang dengan Bank Negara dan pelabur perumahan yang bersetuju untuk tampil membantu menyediaka­n skim pembiayaan bagi membolehka­n pemohon mendapat kelonggara­n pinjaman,” katanya menjawab soalan Fong Kui Lun (PH DAP-Bukit Bintang) di Dewan Rakyat, semalam.

Kui Lun meminta perincian mengenai langkah kerajaan mengatasi lambakan unit rumah yang tidak terjual berikutan kegagalan pembeli mendapatka­n pinjaman kediaman daripada bank dan institusi kewangan. Gaji dan elaun pengurusan tertinggi serta ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kini ditetapkan pada satu kadar yang lebih munasabah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perubahan itu mula dilaksanak­an kerajaan sejak beberapa bulan yang lalu seiring keputusan untuk membebaska­n GLC daripada pengaruh politik.

“Kerajaan mahu gaji dan elaun kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi GLC pada kadar yang munasabah dan berpatutan.

“Kita tidak boleh membiarkan pendapatan yang terlalu tinggi diberikan kepada mereka yang meneraju GLC yang dimiliki kerajaan. Ini dibuat sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula bayaran gaji dan elaun kepada pengurusan tertinggi GLC, susulan pendedahan berhubung pendapatan bekas Ketua Setiausaha

Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar sepanjang beliau berkhidmat di Perbendaha­raan antara Januari 2011 hingga Jun 2018 sebanyak RM6.74 juta.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, RM2.94 juta adalah gaji manakala

RM3.8 juta pula pendapatan Mohd Irwan sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD) bagi 2012 hingga

Jun 2018.

Jumlah gaji itu ialah yang diterima Mohd Irwan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan dalam tempoh itu.

 ??  ?? ZURAIDA ketika ditemui di lobi Parlimen.
ZURAIDA ketika ditemui di lobi Parlimen.
 ??  ?? MOHAMED Azmin
MOHAMED Azmin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia