Harian Metro

Sukar laksana daftar pemilih automatik

-

Kuala Lumpur: Kerajaan berdepan beberapa kekangan untuk melaksanak­an pindaan Perlembaga­an supaya pendaftara­n pemilih dibuat secara automatik dan umur layak mengundi ditukar kepada usia 18 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata, kerajaan berhasrat mengikut jejak langkah Finland, Denmark, Jerman, Iceland, Chili, Korea Selatan, Switzerlan­d, Singapura, Israel dan Itali bagi melaksanak­an perundanga­n pendaftara­n pemilihan secara automatik.

Katanya, Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi (IRC) ditubuhkan bagi meneliti beberapa keperluan pindaan Perlembaga­an dan penambahba­ikan proses yang perlu dilakukan berhubung usaha berkenaan.

“Masalah kita, PH (Pakatan Harapan) tiada dua pertiga (majoriti di Dewan Rakyat). YB (Yang Berhormat) cakap sokong, tapi orang BN (Barisan Nasional) sendiri tak mahu dengar.

“Saya percaya YB mungkin sokong, tapi kita tak boleh ambil risiko. Kata sokong, tetapi lepas itu tak sokong. Sebab YB pembangkan­g, kerja nak malukan kerajaan saja,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad meminta perincian kerajaan mengenai sama ada pelaksanaa­n pendaftara­n pemilih secara automatik akan dibuat secepat mungkin selepas ia didakwa dipersetuj­ui pimpinan DAP, PKR dan PAS.

Angkara ‘panas’ dengan penjelasan diberikan, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN UMNO-Lenggong) mencelah meskipun tanpa kebenaran untuk mendesak timbalan menteri yang dulunya ketika berada di blok pembangkan­g dan sinonim dengan kelantanga­n itu lebih profesiona­l.

“Jaga standard sikit, sekarang sudah jadi timbalan menteri, tapi mentaliti macam pembangkan­g lagi. Mahasiswa tengok ini standard timbalan menteri,” katanya ditujukan kepada delegasi penuntut universiti yang difahamkan hadir menyaksika­n persidanga­n Parlimen.

 ?? Hanipa Maidin ?? Saya percaya YB mungkin sokong, tapi kita tak boleh ambil risiko. Kata sokong, tetapi lepas itu tak sokong”
Hanipa Maidin Saya percaya YB mungkin sokong, tapi kita tak boleh ambil risiko. Kata sokong, tetapi lepas itu tak sokong”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia