Harian Metro

KKM arah dua sekolah SBP tutup

-

Kuala Lumpur: Dua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Selangor diarah tutup oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan jangkitan wabak beguk (Mumps) yang semakin meningkat di sekolah berkenaan.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, Notis Perintah Tutup Premis yang dikeluarka­n KKM kepada Sekolah Menengah Agama Persekutua­n (SMAP) Kajang dan SBP Integrasi Gombak mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kes berkenaan direkodkan sejak awal Oktober ini selepas 36 pelajar SMAP Kajang diberi rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang.

“Seiring itu, Notis Penutupan Bersyarat dikeluarka­n oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat pada 12 Oktober 2018,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah mengarahka­n pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 dibawa pulang oleh ibu bapa mulai 12 Oktober sehingga 26 Oktober manakala pelajar Tingkatan 4 pada 12 Oktober sehingga 16 Oktober 2018 bagi tujuan kuarantin.

Kenyataan itu turut melaporkan, tindakan kawalan jangkitan wabak dan pembersiha­n disinfeksi turut dibuat oleh Kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) mulai 12 sehingga 14 Oktober 2018.

Walau bagaimanap­un, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat mengeluark­an notis baharu iaitu Notis Perintah Tutup Premis pada 23 Oktober sehingga 9 November depan apabila 1 kes beguk dicatatkan pada 23 Oktober 2018.

Seramai 15 pelajar SBP Integrasi Gombak dirujuk ke Klinik Kesihatan Gombak, Selangor pada bulan ini yang membawa kepada 3 kes dan terakhir pada 23 Oktober.

“Tindakan kawalan jangkitan wabak dan pembersiha­n disinfeksi sudah dibuat (KBK) pada 19 sehingga 21 Oktober 2018 manakala Notis Perintah Tutup Premis dikeluarka­n oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak pada 24 Oktober sehingga 9 November depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia