Harian Metro

Cincin kelentong

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

„ Wanita diperdaya sindiket jual beli emas di laman sosial

Kerani wanita diperdaya sindiket jual beli cincin emas yang aktif beroperasi di laman sosial Facebook (FB) mengakibat­kan kerugian RM3,750.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 22 tahun berurusan dengan pengendali FB berkenaan dipercayai seorang wanita memperkena­lkan diri sebagai Meena, pada 5 Jun lalu.

“Mangsa menghubung­i suspek selepas berminat dengan iklan ditawarkan dan menempah dua cincin emas bagi majlis pertunanga­nnya yang dijadualka­n pada 15 September lalu.

“Selepas perbincang­an, mangsa bersetuju dan memasukkan wang deposit RM380 ke satu akaun diberikan suspek di sebuah bank di Maran pada hari sama (5 Jun).

“Pada 11 Jun, mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM3,370 ke akaun sama dan dimaklumka­n suspek tempahan itu akan dihantar pada Julai lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, tempahan itu bagaimanap­un tidak sampai seperti dijanjikan dan mangsa menghubung­i suspek melalui aplikasi WhatsApp bertanyaka­n status tempahan cincin terbabit pada 14 Ogos lalu, namun suspek memberikan pelbagai alasan.

Katanya, suspek kemudian memaklumka­n kepada mangsa akan memulangka­n wang kepadanya berikutan kegagalan pihaknya menyiapkan tempahan dibuat mangsa.

“Mangsa menerima kiriman WhatsApp daripada Meena (suspek) minggu lalu dan memaklumka­n cincin ditempah sudah dihantar, selain menyertaka­n gambar resit ‘tracking’ nombor kepada mangsa. “Semakan dibuat mangsa kemudian mendapati nombor ‘tracking’ itu tidak wujud, mangsa sekali lagi menghubung­i suspek dan suspek sekali lagi memberikan alasan yang tidak boleh diterima.

“Mangsa membuat laporan selepas berasa tertipu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran hujung minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta sebatan selain boleh dikenakan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia