Harian Metro

Elak bencana tanah tinggi

- Shamsul Kamal Amarudin shaka@nstp.com.my

Semua aktiviti di kawasan tanah tinggi bersempada­n dengan Cameron Highlands dihentikan bagi mengelak lebih banyak bencana seperti tanah runtuh berlaku di lokasi berkenaan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Arahan itu diberikan baginda dalam pertemuan dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, selepas majlis pemasyhura­n Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Rekreasi Gunung Lang di sini, semalam.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman.

Xavier berkata, Sultan Nazrin memberi arahan kepada Kerajaan Perak memastikan semua aktiviti di kawasan tanah tinggi yang merosakkan alam sekitar dihentikan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pahang dapat mengambil tindakan serupa agar isu membabitka­n Cameron Highlands dapat ditangani secara bersama dengan Perak dan Kerajaan Persekutua­n.

“Saya meminta kerajaan Perak dan Pahang bekerjasam­a dengan Kerajaan Persekutua­n bagi menangani isu ini.

“Kita meminta supaya segala penceroboh­an hutan dihentikan dan jangan keluarkan sebarang permit baharu untuk aktiviti pembanguna­n dan pertanian di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan baginda. Selasa lalu, rekahan tanah berlaku di Kampung Pawong, Pos Raya, di Jalan Simpang Pulai-Cameron

„ Segala aktiviti dikawasan bersempada­n Cameron Highland dihenti

Highlands, dekat Simpang Pulai sehingga mengakibat­kan beberapa rumah penduduk Orang Asli retak dan terpaksa dipindahka­n.

Sementara kelmarin, sebuah pacuan empat roda terhumban dalam parit akibat tanah runtuh di Batu 51, Jalan Kuala Terla, Kampung Raja, Cameron Highlands.

Sebelum itu, beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku termasuk di laluan ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai dan di daerah tanah tinggi itu yang turut mengorbank­an tiga warga asing.

Xavier berkata, kejadian tanah runtuh akan terus berlaku jika aktiviti penceroboh­an dan penerokaan terus dibiarkan berleluasa di kawasan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia