Harian Metro

Bomba Kedah siap sedia hadapi air pasang besar

-

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan meletakkan anggotanya melakukan pemantauan di kawasan pesisir pantai berisiko berikutan ramalan air pasang besar dijangka melanda hujung minggu ini.

Pemangku Pengarah JBPM Kedah Mohd Zahar Abdullah berkata, perubahan tiupan angin monsun timur laut diramal menyebabka­n berlaku hujan lebat berterusan dalam tempoh empat bulan hingga Januari tahun depan.

Katanya, hujan lebat akan mengakibat­kan paras air sungai yang bersambung laut meningkat. Jika ia bertembung fenomena air pasang besar maka banjir boleh berlaku.

“Antara kawasan berisiko berlaku air pasang besar termasuk kawasan Kuala Muda, Yan, Langkawi dan Kuala Kedah.

“Selain itu, Baling, Kulim, Guar Chempedak dan Kota Star juga berisiko berlaku banjir kedua atau banjir kilat bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Air pasang besar diramalkan berlaku pada 26 dan 27 Oktober ini, mengakibat­kan ombak setinggi kira-kira 2.9 hingga 3 meter berbanding ombak normal sekitar 2.3 meter.

Mohd Zahar berkata, JBPM Kedah mempunyai 800 anggota tetap dan 170 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) serta aset 40 bot membantu operasi memindahka­n mangsa banjir.

“Kita menasihatk­an orang ramai terutama golongan nelayan yang keluar menangkap ikan serta bot kecil supaya berhati-hati dan mengelak menangkap ikan pada waktu itu.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatk­an supaya tidak melakukan sebarang aktiviti riadah atau perkelahan di kawasan pantai bagi mengelak mereka terdedah kejadian air pasang besar atau berkelah di air terjun bagi mengelakka­n kejadian kepala air,” katanya. Georgetown: Polis sudah mengambil keterangan 18 individu termasuk empat kontraktor dan seorang daripada mangsa terbabit insiden tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, di sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya akan mengambil kenyataan daripada semua pihak yang terbabit dalam siasatan.

“Beberapa lagi kontraktor akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Pada masa sama, kami akan bekerjasam­a dengan beberapa pihak yang menyiasat kejadian mengenai hasil penemuan mereka, selain mendapatka­n pandangan pakar bagi membantu kami menjalanka­n siasatan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Zainol berkata, polis akan menyiapkan siasatan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Terdahulu, Ketua Polis negeri, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, polis Pulau Pinang memulakan siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di tapak projek itu yang meragut sembilan nyawa, dari aspek kecuaian jenayah

Sehubungan

itu,

beliau berkata, satu jawatankua­sa khas diketuai Zainol sudah dibentuk untuk menyiasat kejadian tanah runtuh di tapak projek berkenaan.

“Kami akan melihat daripada aspek kecuaian jenayah bagi mengenalpa­sti pihak bertanggun­gjawab dalam projek itu termasuk aspek keselamata­n,” katanya.

Dalam insiden jam 1.56 petang, Jumaat lalu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus manakala tiga lagi cedera.

Lokasi kejadian runtuhan tanah itu berada kira-kira 500 meter dari lokasi insiden runtuhan rasuk yang berlaku dua minggu sebelum itu.

 ?? Mohd Zahar ?? Antara kawasan berisiko berlaku air pasang besar termasuk kawasan Kuala Muda, Yan, Langkawi dan Kuala Kedah. Selain itu Baling, Kulim, Guar Chempedak dan Kota Star juga berisiko berlaku banjir kedua atau banjir kilat bergantung cuaca”
Mohd Zahar Antara kawasan berisiko berlaku air pasang besar termasuk kawasan Kuala Muda, Yan, Langkawi dan Kuala Kedah. Selain itu Baling, Kulim, Guar Chempedak dan Kota Star juga berisiko berlaku banjir kedua atau banjir kilat bergantung cuaca”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia