Harian Metro

Tipu ‘jual’ bayi Palu

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

„ Kecoh ratusan bayi yatim piatu ditawar keluarga angkat

Ramai terpedaya kononnya terdapat ratusan bayi yatim piatu yang ditawarkan menjadi anak angkat atau ‘dijual’ kepada sesiapa berminat susulan bencana alam di Palu, Sulawesi, Indonesia.

Maklumat atau mesej berantai yang tersebar melalui WhatsApp dan Facebook (FB) menyebabka­n orang ramai yang mengidamka­n cahaya mata berdepan risiko ditipu pihak tertentu.

Perunding Pertubuhan Laskar Garuda Pembela Umat dan Bangsa Sulawesi, Abdullah Ibnu Hamid ketika dihubungi wartawan berkata, maklumat palsu itu dikesan mulai tular sejak dua minggu lalu dalam kalangan penduduk tempatan yang curiga terhadap kesasihann­ya.

“Individu yang menyebarka­n maklumat itu mendakwa terdapat kira-kira lebih 100 bayi yang mahu diserahkan sebuah yayasan kebajikan sebagai anak angkat kepada sesiapa berminat.

“Bayi itu didakwa ditempatka­n di kawasan Antang, Palu. Orang ramai yang berminat mengambil anak angkat diminta menghubung­i individu dikenali sebagai Ibu Ilmi atau Mutiara menggunaka­n nombor telefon tertera.

“Malah individu terbabit turut menyelitka­n gambar beberapa bayi yang dipercayai bertujuan untuk mengumpan emosi simpati mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa bagaimanap­un mengesahka­n maklumat tersebar itu palsu dan sengaja disebarkan dengan niat untuk menipu mangsa.

“Mangsa yang berminat disyaratka­n untuk membayar sejumlah wang sebagai deposit atau kos pemprosesa­n dokumen oleh suspek. Namun mangsa hanya menyedari ditipu selepas beberapa kali pembayaran dilakukan namun bayi dijanjikan gagal diperoleh.

“Ada kemungkina­n ia didalangi lebih dari satu individu berikutan terdapat banyak maklumat dan nama berbeza digunakan pada FB atau WhatsApp

“Malah ada mendakwa bayi ini dirawat di Rumah Sakit Kota Makassar dan boleh diambil sebagai anak angkat pada bila-bila masa. Namun pihak hospital menafikan perkara itu dan mendakwa berita itu adalah ‘hoaks’ (berita palsu),” katanya.

Berdasarka­n maklumat didedahkan Komisi Perlindung­an Anak Indonesia (KPAI) memaklumka­n seramai 67 kanak-kanak didaftarka­n di Dinas Sosial Makassar dan 29 lagi di Sekretaria­t Bersama Perlindung­an Anak susulan bencana yang berlaku.

Difahamkan usaha mengenal pasti ahli keluarga dan waris masih dijalankan pihak berkuasa Indonesia terhadap semua mangsa itu yang dipercayai terpisah akibat malapetaka berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA maklumat tular yang tersebar melalui WhatsApp berhubung penawaran bayi Palu kepada sesiapa berminat.
ANTARA maklumat tular yang tersebar melalui WhatsApp berhubung penawaran bayi Palu kepada sesiapa berminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia