Harian Metro

Sukar bernafas jika terlalu letih

-

Kuala Lumpur: Jika terlalu banyak melakukan kerja berat atau tidak cukup rehat, badannya pasti lemah sehingga membataska­n pergerakan.

Malah, apabila penyakit otot dan saraf dikenali sebagai myasthenia gravis (MG) menyerang dia berdepan masalah untuk bertutur, kesukaran untuk menelan makanan, minum dan sukar bernafas.

Masalah kesihatan dihidapi pembantu Taska berasal dari Keningau Sabah, Beathris Jimi, 29, menyebabka­n wanita ini perlu lebih banyak berehat dan mengelak daripada melakukan kerja berat.

“Sudah empat tahun saya menghidap penyakit ini. Di Taska, saya tidak boleh mengajar atau berdiri terlalu lama. Buat masa ini, saya disarankan agar menjalani rawatan mencuci darah kerana antibodi tidak bagus.

“Namun kosnya dianggarka­n RM25,000 memang tinggi bagi orang yang berpendapa­tan rendah macam saya.

“Sekarang ini saya amat runsing kerana doktor memaklumka­n saya berisiko akan lumpuh dan lebih serius boleh menyebabka­n kematian kalau tidak dirawat segera,” katanya.

Anak keenam daripada sembilan adik-beradik ini berkata, dia kini mengambil lima jenis ubat setiap hari untuk mengurangk­an kesakitan.

“Sekarang ini saya menjalani rawatan Intravenou­s Immunoglob­ulin (IVIG) tapi hanya bertahan dua minggu saja.

“Saya memerlukan rawatan susulan kerana jika MG saya keterlalua­n, otot tangan jadi lemah sampai sukar nak berjalan.

“Mahu genggam barang, berjalan, menaiki tangga dan angkat kaki sendiri pun tak boleh,” katanya.

Menurutnya dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2014 susulan pemeriksaa­n kesihatan dilakukan selepas mengalami sesak nafas.

Orang ramai mahu membantu meringanka­n beban wanita ini boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun Maybank Beathris Jimi (1644811295­50).

 ??  ?? BEATHRIS ketika menerima rawatan.
BEATHRIS ketika menerima rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia