Harian Metro

Sembilan tuntutan palsu RM450

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

Seorang peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam bagi sembilan pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM450 pada tiga tahun lalu.

Bagaimanap­un, tertuduh, Quek Kia Ping, 32, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut kesembilan pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukak­an sembilan dokumen iaitu

YBGK Melaka yang setiap satunya berjumlah RM50, mengandung­i butiran palsu atas perkhidmat­an

yang tidak dilakukann­ya.

Semua kesalahan dilakukan Kia Ping di pejabat YBGK Melaka yang beralamat di No 9373, Jalan Indah 1, Taman Indah Seksyen 1, Bukit Sebukor, Melaka Tengah, di sini, pada 13 April sehingga 23 April 2015.

claim form

hearing/mitigation

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Mohd Nasir menetapkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan selain tertuduh diperintah menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada mahkamah.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 28 November depan.

Kes terbabit dikendalik­an Timbalan Pendakwa SPRM, Irwan Shah Abdul Samat dan Nur Syakila Yaacob manakala tertuduh diwakili Peguam Bela, Azrul Zulkifli Stork.

Seorang pengurus ladang dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas 15 pertuduhan memperdaga­ngkan 15 individu termasuk dua remaja lelaki untuk dieksploit­asi menjadi buruh paksa sejak dua tahun lalu.

L Ganis, 44, dibebaskan daripada semua pertuduhan yang dikenakan terhadapny­a selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap semua tuduhan berkenaan pada akhir kes pendakwaan.

Hakim Ahzal Fairuz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan yang dikemukaka­n pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan.

Ahzal Fairuz berkata, pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie pada akhir kes pendakwaan termasuk gagal memanggil beberapa saksi penting dalam kes berkenaan.

„ Pengurus ladang dibebas dari pertuduhan perdagang 15 individu

Katanya, 25 saksi dipanggil dalam pendakwaan kes termasuk 15 mangsa kes itu.

Beliau berkata, keterangan 15 mangsa yang juga saksi kes turut mengakui mereka diberi pekerjaan dan bukannya dipaksa bekerja di ladang berkenaan.

Katanya, pihak pendakwaan gagal membuktika­n hujah mangsa dilayan dengan kekerasan dan dipukul kerana alasan itu perlu dikemukaka­n dengan bukti kukuh, malah saksi tidak disekat keluar masuk dari ladang.

Ganis sebelum ini didakwa melakukan semua pertuduhan itu di Ladang Koperasi Kelapa Sawit Sdn Bhd di Daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek Pengkalan Hulu, Gerik antara April 2016 hingga 26 Februari tahun lalu.

Dia dituduh memperdaga­ngkan lapan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 13 hingga 66 tahun iaitu M Susila, S Lechemy, P Lechumy, M Thaarsini, J Parvathi, R Krishthamm­ah, K Shanti, V Sinaya, S Vijayan, S Kannaya, P Vasudevan, R Ponnan dan P Sundaram serta dua remaja lelaki bagi maksud eksploitas­i buruh paksa dengan ancaman dan kekerasan.

 ??  ?? GANIS (tengah) dibebaskan daripada tuduhaan memperdaga­ngkan 15 individu, semalam.
GANIS (tengah) dibebaskan daripada tuduhaan memperdaga­ngkan 15 individu, semalam.
 ??  ?? QUEK (tengah) diiringi anggota SPRM ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.
QUEK (tengah) diiringi anggota SPRM ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia