Harian Metro

Wang syarikat RM8.68 juta lesap

-

Johor Bahru: Bekas pengarah eksekutif syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang syarikatny­a membabitka­n nilai RM8.68 juta.

Tertuduh, See Chou Shon, 59, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Superplas Technology (M) Sdn Bhd melakukan pecah amanah bernilai keseluruha­n RM8.68 juta.

Dia didakwa dengan curang membuat pembayaran dengan memasukkan wang itu ke dalam akaun bank miliknya membabitka­n tujuh transaksi antara 16 Disember

2007 hingga 30 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham manakala tertuduh diwakili peguam G Ravi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 November ini termasuk pengurusan kes dan penyerahan dokumen.

Terdahulu tertuduh hadir ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru diiringi anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s, Kuala Lumpur pada jam 8 pagi.

Tertuduh yang berbaju lengan panjang jalur biru putih itu dihadapkan ke mahkamah jam 9.30 pagi dan mengaku tidak bersalah bagi tiga kes membabitka­n tujuh pertuduhan.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM1.5 juta terhadap tertuduh mengambil kira jumlah kerugian RM8.68 juta.

“Ketiga-tiga kes bagi tujuh pertuduhan membabitka­n transaksi dari 2007 hingga 2014 dengan satu tempoh masa panjang.

“Pihak pendakwaan meminta mahkamah meletakkan syarat tambahan supaya pasport antarabang­sa diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Peguam bela tertuduh memohon anak guamnya dibenarkan jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan terbabit.

Aizatul membenarka­n tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserah kepada mahkamah.

 ??  ?? SEE diiringi anggota polis ke mahkamah, semalam.
SEE diiringi anggota polis ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia