Harian Metro

Mekanik maut, rakan parah nahas motosikal

- Amirul Aiman Hamsuddin cnews@nstp.com.my

Suami isteri maut selepas kereta dipandu anak mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Kilometer 45 Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Panchang Bedena, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, mangsa, Kamsiah Omar, 64, dan Bahari Tuimin, 74, masing-masing tercampak dan terhimpit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Harrier berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, Kamsiah yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat lemas.

“Suaminya (Bahari) yang duduk di kerusi penumpang depan pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam akibat parah pada badan.

“Manakala, anak lelaki pasangan itu yang juga pemandu, Nazli Bahari, 44, parah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Nor Azmi berkata, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke daerah ini.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu anak mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit berdekatan.

“Pemandu kereta dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. Permaisuri: Seorang mekanik maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan di Kilometer 50 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian membabitka­n tiga motosikal kira-kira jam 9 malam berhampira­n Sekolah Kebangsaan Batu 29 itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Afiq Luqman Mahmad Azan, 22, beralamat dari Jalan Taman Bersekutu, Dungun.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superinten­dan Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal Yamaha 135LC, Md Salman Abdullah, 18, dari Kampung Langkap, Setiu, yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, untuk mendapatka­n rawatan dan dilaporkan dalam keadaan koma.

“Penunggang dan pembonceng motosikal Honda Wave masing-masing berusia 20 dan 21 tahun dari Kuala Terengganu yang turut terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatka­n rawatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

>>Suami isteri maut manakala anak parah dalam nahas

„ Pasangan terbunuh selepas tercampak dari kenderaan

Zulkifli berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Mohd Afiq Luqman dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu terlanggar motosikal ditunggang­i Md Salman yang melawan arus di bahu jalan lorong menghala arah Kuala Terengganu.

“Akibat perlanggar­an itu motosikal ditunggang Mohd Afiq Luqman terseret ke lorong bertentang­an sebelum dilanggar motosikal Honda Wave yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.

“Ketika kejadian keadaan jalan basah kerana hujan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayak­an sehingga menyebabka­n kematian.

 ??  ?? MPV dipandu mangsa yang nahas di Jalan Teluk Intan-Klang, berhampira­n Panchang Bedena, semalam.
MPV dipandu mangsa yang nahas di Jalan Teluk Intan-Klang, berhampira­n Panchang Bedena, semalam.
 ??  ?? MOHD Afiq
MOHD Afiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia