Harian Metro

‘Dah seminggu tak nampak dia’

-

Alor Gajah: “Entah kenapa petang tadi (kelmarin) tergerak hati nak jenguk Hassan, kerana sudah hampir seminggu tidak nampak dia,” demikian menurut Mohd Jais Ahmad, 61.

Mohd Jais adalah jiran kepada Abu Hassan Majid, 56, yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air di rumahnya di Kampung Ladang, di sini, malam kelmarin.

Mohd Jais berkata, mangsa yang juga seorang tukang rumah tinggal bersendiri­an di belakang rumahnya yang terletak kurang 20 meter dan tidak pernah berkahwin.

Katanya, dia sendiri pelik apabila tidak melihat kelibat Abu Hassan, selain isterinya juga sering memintanya menjenguk Allahyarha­m kerana bimbang sesuatu terjadi kepadanya.

“Jam 6 petang (kelmarin), saya pergi ke rumahnya, saya laung namanya tapi tidak bersahut. Pintu rumahnya terbuka, saya nak masuk bimbang disalah erti.

“Jadi, lepas maghrib saya minta tok sidang yang juga rakan baiknya untuk menjenguk arwah. Tok sidang masuk ke dalam rumah dan tidak menemui sesiapa lalu turun ke depan rumah dan memeriksa bilik mandi sebelum mendapati berkunci.

“Dia kemudian memecah pintu bilik air itu lalu melihat Abu Hassan dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia,” katanya ditemui pemberita di perkaranga­n rumahnya kelmarin.

Menurutnya, imam kampung yang melihat keadaan jenazah memberitah­u jenazah arwah yang membengkak dipercayai kerana sudah meninggal dunia sejak tiga hingga empat hari lalu.

Tinjauan mendapati, sebuah rumah dalam pembinaan betul-betul rapat dengan rumah pusaka didiami mangsa dan diberitahu rumah terbabit dibangunka­nnya dengan bantuan kewangan adik-beradiknya.

“Kebiasaann­ya pagi atau petang, Abu Hassan mesti akan melalui rumah saya untuk keluar makan atau urusan lain. Tapi hampir seminggu tidak kelihatan.

“Malah adik-beradiknya, selalu pulang ke rumah pusaka tersebut setiap hujung minggu, tapi minggu ini tidak,” katanya.

Ditanya sama ada beliau melihat keadaan jenazah, Mohd Jais berkata, dia tidak sanggup melihatnya kerana akan terbayang wajah rakannya yang selalu ditegur sapa itu.

Katanya, Allahyarha­m dipercayai mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis, malah sepanjang minggu lepas dia mengalami demam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa tinggal bersendiri­an dipercayai terjatuh dalam bilik mandi.

 ??  ?? ANGGOTA forensik mengangkat mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan terbaring dalam tandas.
ANGGOTA forensik mengangkat mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan terbaring dalam tandas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia