Harian Metro

‘Beritahu sajalah...’

- Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.my

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein digesa untuk berkongsi maklumat mengenai di mana Low Taek Jho atau Jho Low berada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, tiada keperluan buat Ahli Parlimen Sembrong itu untuk pergi ke China semata-mata untuk mencari dan membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan itu.

“Kalau dia (Hishammudd­in) ada maklumat mengenai keberadaan Jho Low, bukanlah lebih baik jika dia tampil beri maklumat kepada pihak kita, sama ada polis atau KDN.

“Kita tahulah bagaimana nak cari dia (Jho Low) di mana-mana negara atau tempat yang mungkin Hishammudd­in ada maklumat.

“Hishammudd­in tak perlu ke sana. Kalau dia nak bantu, sepatutnya daripada dulu dia sudah bantu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tawaran Hishammudd­in Isnin lalu, yang mahu menggunaka­n jaringan hubunganny­a dengan China untuk mencari Jho Low ‘sehingga ke lubang cacing’ bagi merungkai segala persoalan berhubung skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Hishammudd­in yang juga bekas Menteri Tugas-Tugas Khas dilaporkan berkata, sanggup pergi ke China jika benar Jho Low berada di negara Tembok Besar itu untuk membawa ahli perniagaan kontrovers­i itu ke muka pengadilan.

Tawaran Hishammudd­in

„ Hishammudd­in disaran kongsi maklumat Jho Low

itu mendapat pelbagai reaksi, antaranya daripada Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mempersoal­kan motif dan tujuannya berbuat demikian.

Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula berpandang­an usaha membawa pulang Jho Low sewajarnya dilaksanak­an antara kerajaan, bukan atas kapasiti peribadi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia