Harian Metro

Pekerja asing dilindungi Perkeso

-

membolehka­n kami mengambil tindakan susulan.

“Ketika ini, kita tidak tahu jumlah sebenar pekerja asing di negara ini, tetapi menerusi caruman Perkeso kita dapat data nyata mengenai mereka, selain mengesan mereka yang tinggal lebih masa atau tiada permit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sesi

Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kepala Batas di sini, semalam.

Kulasegara­n berkata, beliau percaya pelaksanaa­n ini tidak akan membebanka­n majikan sebaliknya mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak apabila majikan tidak perlu lagi membayar insuran khas untuk pekerja terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa dasar baharu membabitka­n pekerja asing akan dirangka dalam usaha memenuhi pandangan pemain industri di negara ini.

Bagaimanap­un, katanya, dasar kementeria­n masih sama iaitu majikan perlu mengutamak­an pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

Beliau berkata, kementeria­n mendekati majikan dan pemain industri di seluruh negara melalui sesi berkenaan bagi mendapat pandangan mereka.

“Kita ke 11 negeri di seluruh negara untuk berjumpa dan mendengar pendapat mereka dalam soal pekerja asing di negara ini.

“Selepas Pulau Pinang, sesi akan diteruskan di Putrajaya dan Johor. Kebanyakan isu dibangkitk­an adalah mahu isu pekerja asing di negara ini hanya diurus dan dikendalik­an satu kementeria­n saja,” katanya.

 ??  ?? KULASEGARA­N
KULASEGARA­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia