Harian Metro

Cari penyelesai­an efektif bukan sekadar kurangkan pekerja asing

-

Tindakan memansuhka­n sistem pengambila­n pekerja asing melalui ejen atau syarikat tertentu dikhuatiri menjejaska­n periuk nasi ejen dan bukannya membantu menangani kebanjiran pekerja asing di negara ini.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul

Halim Mansor berkata, masalah pokok dihadapi negara ialah kebanjiran tiga juta warga asing dengan separuh daripadany­a pekerja haram.

Katanya, kini kerajaan menerusi Kementeria­n Sumber Manusia, perlu mencari penyelesai­an efektif bukan saja mengurangk­an pekerja asing yang ramai.

“Lebih utama mencari penyelesai­an supaya negara tidak terlalu bergantung terhadap pekerja asing. MTUC berpandang­an, kerajaan perlu selesaikan isu kebanjiran terlebih dulu. Selepas itu, baru laksanakan tindakan memansuhka­n kemasukan pekerja asing menerusi ejen,” katanya mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memansuhka­n sistem pengambila­n pekerja asing melalui ejen atau syarikat tertentu.

Kepala Batas: Pekerja asing di negara ini bakal mendapat perlindung­an di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) bagi memastikan mereka mendapat manfaat sama seperti pekerja tempatan.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n berkata, perkara itu selaras dengan ketetapan Organisasi Buruh Antarabang­sa (ILO) yang mahu manfaat kepada pekerja asing dan tempatan diseragamk­an.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya akan membawa perkara itu ke Kabinet untuk mendapatka­n kelulusan sebelum dilaksanak­an.

“Kementeria­n mahu perkara ini dapat dilaksanak­an. Menerusi pelaksanaa­n ini, kita dapat memantau jumlah pekerja asing di negara ini berdasarka­n jumlah mereka yang mencarum.

“Sebagai contoh, sekiranya jumlah mereka yang mencarum berkuranga­n, ia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia