Harian Metro

‘Port’ cari mangsa

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

„ 23 lelaki warga China diberkas jadikan kondominiu­m markas operasi penipuan

Biarpun sudah ratusan konco Macau Scam diberkas sepanjang tahun ini, sindiket antarabang­sa itu terus memilih negara ini sebagai pusat operasi.

Terbaru, seramai 23 lelaki warga China diberkas selepas menjadikan sebuah kondominiu­m di ibu negara sebagai markas operasi bagi memperdaya mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan dijalankan anggota Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Khamis lalu, polis berjaya menahan 23 ahli sindiket itu.

Katanya, serbuan pada jam 5 petang di sebuah unit kondominiu­m di Jalan Tun Razak di sini, dijalankan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan IPD Wangsa Maju.

“Hasil siasatan dijalankan, sindiket itu dikesan sudah beroperasi di negara ini sejak dua bulan lalu.

“Sasaran mereka adalah rakyat di China dan polis masih menyiasat kemungkina­n sama ada rakyat di negara ini turut menjadi mangsa sindiket itu,” katanya dalam sidang media mengenai kejayaan menumpaska­n Sindiket Macau Scam di IPK Kuala Lumpur, semalam.

Mazlan berkata, semua 23 ahli sindiket yang ditahan berusia antara 18 hingga 39 tahun dibayar gaji RM3,000 sebulan bagi menipu mangsa.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai RM3,585, 22 unit komputer, 28 unit telefon bimbit serta beberapa peralatan elektronik lain.

“Semua ahli sindiket yang ditahan masuk ke negara ini menggunaka­n pas lawatan sosial namun bekerja dengan sindiket berkenaan.

“Buat masa ini, kita masih menyiasat jumlah sebenar mangsa, berapa jumlah wang yang sudah ditipu serta mengesan dalang utama sindiket berkenaan,” katanya.

Menurut Mazlan, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan semua ahli sindiket itu kini direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen sehingga 1 November depan.

 ??  ?? MAZLAN (tiga dari kiri) menunjukka­n rampasan daripada sindiket Macau Scam.
MAZLAN (tiga dari kiri) menunjukka­n rampasan daripada sindiket Macau Scam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia