Harian Metro

Ubat Hepatitis C mencukupi

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@ nstp.com.my

Stok bekalan ubat bagi pesakit Hepatitis C yang menerima rawatan mencukupi buat masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, stok semasa kombinasi dua ubat bagi penyakit itu iaitu Tablet

400mg adalah mencukupi untuk semua pesakit manakala stok Tablet

60mg ketika ini adalah terhad.

“Kementeria­n mengambil langkah mengagihka­n semula stok ke hospital memerlukan bagi memastikan kesinambun­gan bekalan ubat kepada semua pesakit. “Bekalan stok Tablet

60mg dijangka tiba pada minggu pertama November depan untuk merawat pesakit baharu yang memulakan rawatan manakala bekalan ubat untuk pesakit yang menerima rawatan adalah mencukupi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini mengenai 2,000 rawatan yang diperuntuk­kan kepada pesakit Hepatitis C di hospital kerajaan tahun ini sudahpun digunakan.

Dr Noor Hisham berkata, kementeria­nnya memberi jaminan akan meneruskan

„ Kementeria­n agih semula bekalan kepada hospital

rawatan bagi penyakit Hepatitis C dan sentiasa proaktif memastikan pesakit sentiasa mendapat rawatan sewajarnya selaras dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membasmi penyakit Hepatitis C menjelang 2030.

Hepatitis C adalah penyakit hati disebabkan virus Hepatitis C.

WHO menganggar­kan 71 juta orang mempunyai jangkitan Hepatitis C kronik dan sejumlah besar mereka akan mengalami sirosis atau kanser hati.

Kira-kira 399,000 individu mati setiap tahun disebabkan Hepatitis C dan kebanyakan­nya akibat sirosis serta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia