Harian Metro

NILAI CADANGAN

- Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

„ MITI terima 21 idea bangun kereta nasional ketiga

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) menerima 21 cadangan membangunk­an kereta nasional ketiga setakat ini.

Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming berkata, cadangan itu membabitka­n syarikat tempatan dan antarabang­sa.

Beliau berkata, pihaknya akan menilai sebaiknya cadangan yang dikemukaka­n itu.

“Cadangan yang diterima adalah gabungan antara tempatan dan asing,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan pembukaan di Forum Kecemerlan­gan Perniagaan CEO anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussain.

Mengulas mengenai rancangan Dyson untuk membina kemudahan pengeluara­n kereta elektrik di Singapura, Kian Ming berkata, Malaysia tidak akan terjejas, sebaliknya ia membuka banyak peluang untuk syarikat tempatan menyertai rantaian bekalan pengeluara­n syarikat berkenaan.

Beliau menegaskan, langkah pembukaan kilang pengeluara­n kereta elektrik oleh Dyson itu juga dilihat tidak menjejaska­n rancangan kereta nasional ketiga negara.

“Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keputusan Dyson membangunk­an kemudahan pengeluara­n kereta elektrik di Singapura.

“Sebenarnya, ketika ini, rantaian bekalan serta pemasangan produk Dyson adalah di Johor dan ia mempunyai pusat reka bentuk di Johor.

“Justeru, Malaysia tidak terjejas, sebaliknya banyak peluang untuk syarikat Malaysia sertai dalam rantaian nilai,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ong berkata, dalam tempoh 2014-2017, produktivi­ti buruh negara berkembang 3.5 peratus, sementara pekerjaan meningkat 1.5 peratus.

Beliau juga menyeru enterpris di negara ini memupuk budaya kualiti dan inovasi menerusi pemahaman dan penghargaa­n lebih baik terhadap permintaan pengguna.

Pada forum itu, Ong juga menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) antara MPC dan Sunway Constructi­on Group Bhd bagi membangunk­an Kriteria Penilaian dan Manual Kualiti Persekitar­an/5S bagi Industri Pembinaan.

Dalam perkembang­an lain, beliau mengumumka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melancarka­n Dasar Perindustr­ian 4.0 pada 31 Oktober ini.

 ??  ?? DR Ong (tengah) bersama pemimpin juara produktivi­ti di Forum Kecemerlan­gan Perniagaan CEO di Kuala Lumpur, semalam.
DR Ong (tengah) bersama pemimpin juara produktivi­ti di Forum Kecemerlan­gan Perniagaan CEO di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia