Harian Metro

India muncul sebagai sektor penting untuk Malindo Air

-

Ketibaan pelancong dari India ke Malaysia akan meningkat dengan ketara melalui pelancaran tiga penerbanga­n baru antara Kuala Lumpur dan tiga bandar raya besar India.

Malindo Air pada 22 Oktober lalu memulakan perkhidmat­an lima kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Kolkata yang menawarkan kapasiti mingguan 810 tempat duduk.

“Kita gembira kerana Malindo Air meningkatk­an capaiannya ke pasaran ini, membuatkan kita komited untuk mempromosi­kan Malaysia di Timur India. Kita berharap sambungan ini akan menggalakk­an lebih banyak pengendali pelanconga­n menyediaka­n pakej untuk pasaran Kolkata,” kata Pengarah Tourism Malaysia di New Delhi, Sulaiman Suip.

Laluan Kolkata Malindo Air meningkatk­an rangkaian syarikat penerbanga­n itu di India kepada 74 penerbanga­n mingguan, menyambung­kan sembilan bandar raya dengan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, India muncul sebagai sektor penting untuk syarikat penerbanga­n berkenaan dan menjangka perkhidmat­an baru itu merangsang lagi perjalanan antara Malaysia dan India.

Syarikat penerbanga­n tambang murah terbesar India, IndiGo, melancarka­n perkhidmat­an harian pada 15 November yang menyambung­kan New Delhi dan Bangalore dengan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif IndiGo, William Boulter berkata, bulan lalu, laluan Kuala Lumpur menjadi popular kepada syarikat penerbanga­n itu kerana Malaysia menawarkan pakej lengkap untuk ahli perniagaan dan pelancong yang pergi bercuti.

“Kami melihat potensi besar laluan India-Malaysia disebabkan hubungan budaya, perniagaan dan pelanconga­n yang meluas antara kedua-dua negara,” katanya.

Malaysia merekodkan peningkata­n sebanyak 14.7 peratus ketibaan pelancong dari India dari Januari hingga Jun tahun ini, menurut Tourism

Malaysia. – BERNAMA

 ??  ?? CHANDRAN
CHANDRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia