Harian Metro

Sektor pembinaan diunjur perlahan

-

Kuala Lumpur: Sektor pembinaan negara dijangka mencatat pertumbuha­n lebih perlahan tahun depan di tengah-tengah semakan beberapa projek mega selain selari jangkaan pertumbuha­n perlahan industri pembinaan global.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya, Datuk Sri Zohari Akob berkata, sungguhpun jangkaan pertumbuha­n yang lebih perlahan, kementeria­n itu yakin sektor berkenaan akan kekal antara penyumbang utama kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun depan.

Beliau berkata, momentum pertumbuha­n keseluruha­n sektor kecil kejurutera­an sivil dijangka lembap disebabkan semakan keutamaan ke atas projek infrastruk­tur bagi merasional­isasikan kedudukan fiskal kerajaan.

“Beberapa projek disemak semula kerajaan, tetapi kami percaya industri pembinaan masih antara penyumbang utama kepada pertumbuha­n KDNK,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis pelancaran awal pameran dan persidanga­n Internatio­nal Constructi­on Week 2019 (ICW 2019) dan ASEAN Super 8 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir dan Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB Malaysia), Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Sektor pembinaan Malaysia mencatat pertumbuha­n bernilai RM35.6 bilion pada suku kedua 2018, pertumbuha­n tahun-ke-tahun sederhana 5.3 peratus, demikian menurut data Jabatan Perangkaan.

Sektor itu dipacu pertumbuha­n positif dalam kejurutera­an sivil dan aktiviti subsektor yang berkembang masing-masing 23.6 peratus dan 12.6 peratus.

Tahun lalu industri pembinaan negara mencatat pertumbuha­n 6.7 peratus.

Sementara itu, Ahmad Tajuddin berkata, ICW 2019 bakal menjadi edisi terbesar yang dijangka menarik lebih 1,000 syarikat membabitka­n 650 ruang pameran.

Katanya, buat pertama kalinya tahun ini ICW akan menggabung­kan ASEAN Super 8 ke dalamnya.

 ?? Zohari Akob ?? Beberapa projek disemak semula kerajaan, tetapi kami percaya industri pembinaan akan masih antara penyumbang utama kepada pertumbuha­n KDNK”
Zohari Akob Beberapa projek disemak semula kerajaan, tetapi kami percaya industri pembinaan akan masih antara penyumbang utama kepada pertumbuha­n KDNK”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia