Harian Metro

9 varian Ranger

- Azzman Abdul Jamal cnews@nstp.com.my

Ford Motor Company (Ford) dan rakan pengedar tempatanny­a, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) memperkena­lkan rangkaian model Ford Ranger baharu untuk pasaran tempatan.

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, rangkaian Ranger baharu itu membabitka­n sembilan varian terdiri daripada varian XL, XLT, XLT+, Wildtrak dan Raptor.

Bagaimanap­un katanya, varian Raptor akan hanya dilancarka­n secara rasmi di Kuala Lumpur Internatio­nal Motor Show 2018, bulan depan.

“Ranger baru ini menawarkan tiga rangkaian kuasa diesel untuk lebih versatil dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Ia membabitka­n enjin 2.0 liter (l) turbo tunggal, 2.0l bi-turbo dan enjin Duratorq 2.2l.

“Selain itu, buat pertama kali untuk segmen trak pikap, ia didatangka­n dengan teknologi bantuan pemanduan dan keselamata­n seperti Semi-Automatic

Parrallel Parking, Autonomous Emergency Braking dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki.

“Malah, ia juga dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengangkat pintu but serta SYNC 3 bersama keupayaan Apple

„

Car Play dan Android Auto,” katanya pada pelancaran Rangkaian Ford Ranger di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford, Truong Kim Phong dan Pengarah Urusan Sime Darby Motors Malaysia, Thailand dan Taiwan, Dennis Ho.

Syed Ahmad berkata, tiga pilihan varian ditawarkan untuk XL yang dijual pada harga bermula RM90,888 manakala dua varian untuk XLT pada harga RM109,888.

“Ranger XLT+ yang hanya ditawarkan satu varian dijual pada harga RM124,888 manakala Wildtrak merangkumi dua varian, dengan harga bermula pada RM134,888.

“Rangkaian Ranger baharu ini didatangka­n lapan pilihan warna termasuk tiga wana baharu iaitu Saber (untuk Wildtrak sahaja), Magnetic dan Lightning Blue, Cool White, Meteor Grey, Aluminiun Metallic, Frozen White dan Absolute Black.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai tawaran untuk pelanggan terawal, 888 pelanggan pertama yang mendaftark­an Ford Ranger baharu bakal menerima baucar barangan elektrik bernilai RM1,000.

“Selain itu, SDAC akan menawarkan penyelengg­araan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000 kilometer (yang mana tiba dahulu) kepada pelanggan yang berjaya mendaftar sebelum 31 Januari 2019,” katanya.

 ??  ?? SYED Ahmad Muzri (kanan) bersama Ho (kiri) pada pelancaran rangkaian model Ford Ranger baharu, semalam.
SYED Ahmad Muzri (kanan) bersama Ho (kiri) pada pelancaran rangkaian model Ford Ranger baharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia