Harian Metro

Homedec fokus ciri keselamata­n terkini

-

Kuala Lumpur: CIS Network Sdn Bhd (CIS), penganjur Pameran Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah (Homedec) yakin dapat menarik lebih 80,000 pengunjung bagi melihat pelbagai reka bentuk termasuk inovasi terbaru sistem keselamata­n kediaman.

Pengurus Kanan Operasi dan Projeknya, Liliane Lee berkata, pameran Homedec kali ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1: Pengubahsu­aian dan Reka Bentuk dan Bahagian 2: Perabot dan Dekorasi.

Namun katanya, edisi kali ini akan lebih memfokus kepada memastikan kediaman mempunyai ciri keselamata­n terkini.

“Keselamata­n kediaman sering menjadi pilihan terakhir apabila kita mahu mengubah suai dan merekabent­uk rumah. Sudah pasti, pada masa ini pengguna perlu mengambil berat mengenai sistem keselamata­n kediaman mereka dengan membuat pilihan terbaik.

“Bagaimanap­un, ciri keselamata­n kediaman ini bakal menjadi tarikan pengunjung dan di Homedec, kami menghimpun­kan 1,400 syarikat terkemuka dalam pelbagai segmen untuk merealisas­ikan impian kediaman anda.

“Homedec bagi kedua-dua bahagian ini juga menampilka­n 460 tapak pameran dan kami menyasarka­n transaksi jualan kira-kira RM100 juta bagi sepanjang pameran berlangsun­g,” katanya pada sidang media sempena Homedec di sini, semalam.

Pameran Homedec berlangsun­g pada 25 hingga 28 Oktober ini dan 1 hingga 4 November depan.

Penganjura­n pameran sebanyak dua bahagian itu akan membolehka­n orang ramai melihat dan mencari reka bentuk yang menarik, idea inovasi dan konsep terkini dalam dekorasi rumah membabitka­n semua aspek kediaman.

Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan Homedec dan memenangi hadiah menarik apabila berbelanja minimum RM150 dalam satu resit.

 ??  ?? PENGURUS Pemasaran dan Produk Assa Abloy, Bernard Goh menunjukka­n produk inovasi sistem keselamata­n kediaman kunci pintar St Guchi.
PENGURUS Pemasaran dan Produk Assa Abloy, Bernard Goh menunjukka­n produk inovasi sistem keselamata­n kediaman kunci pintar St Guchi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia