Harian Metro

PEROMPAK BONGOK

- Agensi

„ Kumpulan penjenayah dicekup selepas termakan helah pemilik kedai supaya datang semula untuk dapatkan lebih banyak wang

Helah seorang pemilik kedai rokok elektronik meminta sekumpulan perompak datang semula untuk mengambil lebih banyak wang menyebabka­n penjenayah berkenaan dicekup polis.

Enam penjenayah terbabit datang ke kedai berkenaan di Charleroi pada petang Sabtu lalu, tetapi pemiliknya yang cuma dikenali sebagai Didier memberitah­u mereka supaya datang semula kemudian kerana mesin daftar tunai tidak cukup wang.

Menurut Didier, mereka masuk ke kedainya pada jam 3 petang dan mengarahny­a menyerahka­n semua wang.

Daily Mail melaporkan, Didier mencadangk­an mereka kembali dalam masa beberapa jam apabila lebih banyak jualan dilakukan supaya lebih banyak wang boleh diambil.

“Saya memberitah­u mereka, jam 3 petang bukan waktu yang menguntung­kan untuk merompak kedai. Saya berkata, ‘Kamu mungkin boleh mendapat $1,000 ini, tetapi jika datang lambat sikit pasti dapat lebih banyak wang.’

“Ajaibnya, mereka termakan kata saya dan beredar lalu saya terus menghubung­i polis. Namun polis tidak percaya perompak itu akan kembali,” katanya.

Bagaimanap­un, perompak berkenaan datang semula pada jam 5.30 petang untuk mengambil wang dijanjikan dan Didier sekali lagi membuat helah.

“Saya marah kerana mereka datang sebelum waktu tutup kedai. Saya kata, kedai ditutup jam 6.30 petang, bukannya 5.30 petang lalu mereka sekali lagi beredar,” katanya.

Kumpulan itu akur cadangan Didier dan kembali ke kedai itu untuk kali ketiga, tanpa menyedari polis berpakaian biasa sudah menanti.

RTL melaporkan, lima lelaki berjaya ditahan, manakala seorang lagi sempat melarikan diri.

 ??  ?? DIDIER (kiri) memujuk perompak berkenaan supaya datang semula. - Daily Mail
DIDIER (kiri) memujuk perompak berkenaan supaya datang semula. - Daily Mail
 ??  ?? POLIS berpakaian biasa menahan perompak terbabit. - Daily Mail
POLIS berpakaian biasa menahan perompak terbabit. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia