Harian Metro

Ekstradisi pembunuh Khashoggi sukar

-

„ Erdogan mahu 18 suspek diserah kepada Turki untuk dibicaraka­n

Meskipun Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menegaskan mahu mengekstra­disi mereka yang terbabit dalam pembunuhan Jamal Khashoggi, namun peluang untuk mereka dibicaraka­n di Turki amat tipis.

Erdogan berkata, pembunuhan kejam Khashoggi itu sudah dirancang dan mendesak Arab Saudi mengekstra­disi 18 suspek ke Turki untuk dibicaraka­n.

Rabu lalu, Menteri Kehakiman Turki, Abdulhamit Gul, berkata: “Jika pendakwa raya Turki mempunyai bukti kukuh pembabitan suspek dalam pembunuhan Khashoggi, ia boleh membuka kertas siasatan dan meminta mahkamah memerintah­kan suspek diekstradi­si ke Turki.”

Namun, menurut AlJazeera, pakar perundanga­n menganggap peluang untuk ekstradisi itu amat tipis.

“Menurut undang-udang antarangan­gsa, sesebuah negara tidak akan mengekstra­disi rakyatnya sendiri,” kata Profesor Madya Undang-Undang Jenayah Universiti Mef di Istanbul, Guclu Akyurek.

Menurutnya, Turki dan Arab Saudi tiada perjanjian ekstradisi dan pilihan yang ada ialah menandatan­gani perjanjian ekstradisi khas hanya untuk kes Khashoggi.

Namun, keadaan itu berkemungk­inan besar tidak akan berlaku.

Pakar ekstradisi, Professor Stefano Maffei dari Universiti Parma, Professor Stefano Maffei berkata, pilihan lain ialah Turki bekerjasam­a dengan Interpol jika Arab Saudi enggan bekerjasam­a dalam kes itu.

Interpol akan mengeluark­an ‘notis merah’ iaitu permohonan antarabang­sa untuk menahan dan mengekstra­disi suspek menyebabka­n mereka akan ditahan jika berada di luar Arab Saudi.

“Keadaan itu menyebabka­n suspek perlu berada di Arab Saudi selama-lamanya,” katanya.

Profesor perundanga­n antarabang­sa Universiti Middlesex, William Schabas berkata, kes itu semakin sukar kerana membabitka­n misi diplomatik.

“Kedutaan dan konsulat tidak boleh diceroboh,” katanya.

Bagaimanap­un, menurut Maffei, kekebalan diplomatik hanya sah untuk bangunan konsulat, bukan orang yang bekerja di dalamnya.

“Menjadi diplomat bukan lesen untuk membunuh. Jika diplomat membunuh, negara di mana pembunuhan itu berlaku berhak membicarak­annya.

“Namun, bagi kes Khashoggi, jika bukti berada dalam konsulat, siasatan memerlukan kerjasama Arab Saudi,” katanya.

Semua 18 suspek pembunuhan itu berada di Arab Saudi dan sudah ditahan pihak berkuasa negara itu menunjukka­n Riyadh sendiri akan membicarak­an mereka.

 ??  ?? POLIS forensik meninggalk­an lokasi siasatan selepas memeriksa kereta diplomatik milik konsulat Arab Saudi dalam siasatan kematian Khashoggi. - EPA
POLIS forensik meninggalk­an lokasi siasatan selepas memeriksa kereta diplomatik milik konsulat Arab Saudi dalam siasatan kematian Khashoggi. - EPA
 ??  ?? ERDOGAN
ERDOGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia