Harian Metro

Separuh penduduk Yaman di ambang kebuluran

-

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York: Krisis kemanusiaa­n di Yaman semakin buruk dengan perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukka­n kira-kira 14 juta penduduk negara itu kini diancam kebuluran, selain wabak penyakit.

Kelmarin, Setiausaha Rendah Hal Ehwal Kemanusiaa­n dan Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Mark Lowcock berkata, agensi bantuan kini semakin tewas menentang kekurangan makanan di Yaman.

Reuters melaporkan, beliau sudah dua kali memberi amaran masalah itu pada 2017, namun tindakan Arab Saudi dan sekutunya menyekat laluan perdaganga­n Yaman serta kekurangan bantuan menjadikan keadaan lebih buruk.

“Keadaan yang saya beritahu hari ini lebih buruk berbanding dua keadaan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, penduduk Yaman bergantung kepada bantuan kemanusiaa­n semata-mata untuk mendapatka­n makanan dan jumlah 14 juta di ambang kebuluran itu adalah separuh jumlah penduduk negara berkenaan.

Jumlah penerima bantuan PBB dan agensi bantuan lain ialah lapan juta orang setiap bulan, menjadikan­nya operasi bantuan kemanusiaa­n terbesar di dunia dengan kos AS$3 bilion (RM12.5 bilion) setahun.

PBB menerima sumbangan AS3$2 bilion (RM8.3 bilion) untuk tujuan itu.

Menurut Lowcock melalui lawan web PBB, selepas empat tahun perang, penduduk Yaman yang kekurangan zat dan kemudahan perubatan kini terdedah kepada penyakit, terutama taun.

Beliau berkata, sukar untuk menentukan jumlah tepat mereka yang mati kelaparan, namun pekerjanya merekodkan peningkata­n kematian berkaitan faktor makanan, termasuk kekurangan zat dan penyakit.

Pada hujung tahun lalu, satu agensi bantuan menganggar­kan 130 kanak-kanak mati setiap hari akibat kelaparan dan penyakit, hampir 50,000 orang setahun.

Menurut Lowcock, banyak kematian tidak diketahui berikutan banyak kemudahan perubatan tidak berfungsi.

“Ramai mati di rumah atau jalanan dan keluarga tidak melaporkan­nya,” katanya. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia