Harian Metro

Turki tahu awal rancangan Arab Saudi

-

London: Pihak berkuasa Turki sudah mengetahui rancangan Arab Saudi terhadap Jamal Khashoggi beberapa minggu sebelum dia dibunuh menyebabka­n mereka melancarka­n operasi pengintipa­n, termasuk di Konsulat Arab Saudi.

Sumber yang rapat dengan siasatan memberitah­u, berikutan itu konsulat di Istanbul itu dipasang alat pendengar dan perisik Turki boleh mendengar apa yang berlaku, sejak Khashoggi masuk hinggalah dia dibunuh.

Menurut laporan Mirror, sumber itu bagaimanap­un berkata, ketika itu perisik Turki tidak tahu Khashoggi akan dibunuh kerana maklumat yang diterima hanya operasi menculik, bukannya membunuh mangsa dalam konsulat.

Agensi perisikan Turki mendapat maklumat wartawan itu menjadi sasaran atas arahan Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai balasan menentang pemerintah­annya dan anggota 15 skuad pembunuh itu termasuk anggota pasukan keselamata­nnya.

Pegawai kanan agensi keselamata­n Turki berkata: “Turki melancarka­n operasi intipan yang besar. Ramai komuniti perisikan yakin konsulat dipasang peralatan intipan dan anggota skuad Arab Saudi itu diekori.”

“Fakta sebenar akan diketahui satu hari nanti bahawa skuad itu didengar membunuh Khashoggi pada 2 Oktober lalu, namun pasukan perisik Turki tidak boleh berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dalam konsulat.

“Mereka juga mempunyai masa yang amat terhad untuk bertindak,” katanya.

Turki mendakwa memiliki rakaman audio sebagai bukti pembunuhan itu yang kemudian didedahkan kepada media serta sekutu rapat Turki yang berkemungk­inan besar menyebabka­n Arab Saudi terpaksa mengakui Khashoggi dibunuh selepas dua minggu menafikann­ya. - Agensi

 ??  ?? JAMAL Khashoggi
JAMAL Khashoggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia