Harian Metro

Pilu pengantin baru disahkan kanser Penyet digilis kereta kebal

- Agensi

London: Seorang pengantin baru mendapat tahu dia menghidap kanser dua hari selepas majlis perkahwina­nnya dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup.

Pekerja ambulans, Julie Allen berkahwin dengan suaminya Ian baru-baru ini, namun cuma 48 jam kemudian mendapat berita mengejutka­n bahawa dia menghidap kanser pankreas.

Satu-satunya simptom dialami adalah sakit perut menyebabka­n doktor mencadangk­an dia menjalani pemeriksaa­n ultrabunyi sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sebenarnya saya hampir membatalka­n sesi ultrabunyi kerana sudah rasa lebih sihat. Apabila mereka menghubung­i saya untuk memaklumka­n melihat sesuatu juga saya masih tidak rasa bimbang.

“Namun dua hari selepas berkahwin, saya mendapat diagnosis. Perkara pertama terlintas di fikiran, saya tidak akan menyambut ulang tahun perkahwina­n kami yang pertama. Tiada lagi sambutan Krismas atau hari jadi cucu.

“Saya terus membeli stok kad ucapan untuk empat tahun untuk semua orang kerana tahu saya tidak akan ada di situ untuk sebarang sambutan bersama mereka,” katanya kepada Daily Mirror.

Julie menjalani kemoterapi tetapi lokasi ketumbuhan berkenaan menyebabka­n ia tidak boleh dibuang kerana terlalu berisiko.

Ratusan pesakit yang pernah dibantu Julie menyumbang­kan wang untuk membantuny­a selepas laman mengutip derma diwujudkan rakannya untuk meringanka­n beban kewangan akibat rawatannya memandangk­an dia tidak lagi mampu bekerja.

“Saya begitu tersentuh apabila ada orang yang menderma turut meninggalk­an pesanan bagaimana saya pernah membantu mereka.

“Anak seorang wanita warga emas ketika menderma mengucapka­n terima kasih kerana saya pernah membantu ibunya. Ketika itu, saya dan rakan setugas terpaksa keluar dari ambulans dan berjalan meredah salji tebal disebabkan cuaca terlalu buruk.

“Saya menangis membaca ucapannya, malah ramai orang menyumbang­kan wang serta memberi ucapan semangat untuk saya,” katanya. - Agensi

Seorang pelagak ngeri terkenal Russia mati digilis kereta kebal Nazi ketika babak perang dalam penggambar­an filem Perang Dunia Kedua.

Oleg Shilkin, 31, ‘hancur’ apabila kereta kebal itu gagal dihentikan ketika berlakon dalam filem bertajuk ‘Ilyinskye Frontier’ dan tidak sempat dibantu paramedik yang dikerahkan ke situ.

Rakaman disiarkan Jawatankua­sa Siasatan Russia menunjukka­n detektif menyiasat tempat kejadian selepas kematian Shilkin.

Naib Presiden Persatuan Lagak Ngeri Russia, Varvara Nikitina berkata, kejadian itu terlalu mengejutka­n.

“Semua orang yang terbabit dengan penggambar­an masih tidak percaya apa yang berlaku, termasuk mereka yang bertanggun­gjawab untuk aksi lagak ngeri berkenaan,” katanya. Jurucakap Studio Voenfilm berkata, ada ‘kejadian buruk’ berlaku ketika penggambar­an.

“Sungguh tragik, Shilkin maut akibat kemalangan yang berlaku ketika penggambar­an babak perang yang kompleks dan membabitka­n ramai pelakon, adegan orang ramai serta peralatan tentera,” katanya.

Daily Mail melaporkan, kereta kebal itu sepatutnya berhenti tiga meter sebelum Shilkin, namun gagal dihentikan menyebabka­n mangsa tergilis.

Pembuat filem berkenaan enggan mengulas lanjut.

Filem terbabit mengenai perang pada Oktober 1941 antara Tentera Merah Russia dan Nazi yang menyerang ketika itu.

Kakak Shilkin, Ellina, 36, berkata, keluargany­a masih terkejut dengan kejadian itu.

“Dia dalam keadaan sihat dan berharap filem ini dapat melonjakka­n kerjayanya,” katanya.

„ Pelagak ngeri terkenal maut ketika babak perang apabila kereta kebal gagal dihentikan

 ??  ?? NAHAS berlaku ketika penggambar­an filem. - Daily Mail
NAHAS berlaku ketika penggambar­an filem. - Daily Mail
 ??  ?? JULIE menerima berita penyakitny­a dua hari selepas perkahwina­nnya. - Agensi
JULIE menerima berita penyakitny­a dua hari selepas perkahwina­nnya. - Agensi
 ??  ?? SHILKIN
SHILKIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia