Harian Metro

‘Saya sedia jadi orang tengah’

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my Zulfaizan Mansor, Firdaus Hashim, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

„ Nik Nazmi tawar diri selesai masalah kemudahan di SMK Seri Titiwangsa

Kuala Lumpur: Susulan kecederaan belakang yang dialami pada Sukan Asia di Jakarta Ogos lalu, penerjun negara, Pandelela Rinong menjelaska­n dia semakin pulih, namun tidak akan

Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ bagi menyelesai­kan masalah kemudahan yang daif di Sekolah Sukan Negeri Wilayah Persekutua­n (SSNWP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa.

Bagaimanap­un, beliau mahu terlebih dulu melihat sendiri keadaan di sekolah itu sebelum berhubung dengan pihak kementeria­n supaya perkara itu dapat ditangani secepat mungkin.

“Bila bercakap soal sekolah sukan (negeri) tentunya kemudahan dimiliki kena berada dalam keadaan baik untuk digunakan oleh pelajar.

“Saya ada menerima aduan mengenai perkara ini dan saya akan berusaha untuk turun ke sana dalam masa terdekat.

“(Penting) untuk saya melihat sendiri keadaan sekolah itu sebelum berhubung dengan pihak kementeria­n untuk diambil perhatian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya bilakah pihaknya menerima aduan daripada wakil ibubapa, Nik Nazmi berkata, perkara itu disuarakan kepadanya baru-baru ini.

“Kami ada berbual dan mereka (penduduk) menceritak­an anaknya bersekolah di SSNWP sebelum mengadu mengenai keadaan itu,” katanya.

Akhbar ini pada Selasa lalu mendedahka­n kepincanga­n yang dialami SSNWP SMK Seri Titiwangsa.

Sekolah berkenaan didapati berdepan masalah kemudahan latihan dan penginapan yang serba kekurangan sehingga menimbulka­n kebimbanga­n ibu bapa pelajar.

Berikutan

itu, kelmarin, Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik mengarahka­n supaya Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur menyediaka­n laporan berkenaan masalah terbabit.

Tidak sampai 24 jam selepas itu wakil daripada JPWKL mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan bersama Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutua­n, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia