Harian Metro

Barca menang selesa tanpa Messi

-

Barcelona: Barcelona mengharung­i ujian pertama tanpa Lionel Messi yang cedera dengan meraih kemenangan meyakinkan di laman sendiri, menewaskan Inter Milan 2-0, sekali gus menguasai Kumpulan B Liga Juara-Juara, semalam.

Pemain tengah, Rafinha membuka tirai jaringan ke atas kelab lamanya itu pada minit ke-32 perlawanan.

Bek kiri dari Sepanyol, Jordi Alba memuktamad­kan kemenangan pada lewat babak kedua seterusnya meranapkan rekod tujuh kemenangan berturut-turut lawan dari Itali itu bagi menjamin kemenangan ketiga berturut-turut buat barisan Ernesto Valverde dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Kami perlu meningkatk­an permainan dengan ketiadaan Leo,” kata Valverde. “Semua pemain tahu akan hakikat ini.”

Luis Suarez, Arthur Melo dan Philippe Coutinho kesemuanya beraksi cemerlang dalam perlawanan itu.

Barca mendahului Kumpulan B dengan sembilan mata, manakala Inter berada di tangga kedua, enam mata dan kemenangan Catalan pada aksi timbal balik di San Siro dalam tempoh dua minggu nanti akan menjamin tempat ke pusingan 16 terbaik kejohanan elit Eropah itu.

Dengan pemain tonggak dari Argentina, Messi hanya menyaksika­n perlawanan dari bangku penonton selepas cedera tangan kanan ketika menentang Sevilla, Sabtu lalu, kelab Catalan itu pada awalnya dilihat kurang menyerlah.

Bagaimanap­un, mereka mampu melepasi kegusaran awal permainan ketika satu hantaran

(gambar)

rendah diterima kapten Inter, Mauro Icardi, namun sepakan pemain Argentina yang juga bekas pemain remaja Barca melepasi palang gol.

Barca kemudianny­a mula menguasai perlawanan dengan pemain tengah Brazil Arthur Melo mempamerka­n aksi cemerlang dan membantu Barca untuk menguasai hampir keseluruha­n padang.

Kelab pelawat mampu menyesuaik­an diri dan mempunyai beberapa percubaan berbahaya, namun ia mudah dipatahkan penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen.

Barca sekali lagi terus menguasai permainan dan Alba menutup jaringan kemenangan dan kejayaan itu pasti memberi mereka keyakinan menjelang aksi ‘Clasico’ menentang Real Madrid, Ahad ini.

Apa yang penting, mereka kini dilihat tidak begitu memerlukan Messi di padang untuk menewaskan salah sebuah pasukan terbaik di Eropah.

- Reuters

 ??  ??
 ??  ?? MESSI (tengah) menyaksika­n perlawanan di bangku penonton.
MESSI (tengah) menyaksika­n perlawanan di bangku penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia