Harian Metro

Dortmund bikin kejutan ke atas Atletico

- Reuters

Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool menewaskan Red Star Belgrade 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Kumpulan C di Anfield semalam, menghidupk­an kembali peluang mereka mara ke kelompok

16 terakhir.

Selepas kekalahan kepada Napoli dalam perlawanan sebelum ini, skuad kendalian Juergen Klopp bangkit dengan trio penyerang mereka sekali lagi memainkan peranan utama ketika Salah menjaringk­an 50 gol buat kelab itu manakala

Roberto Firmino dan Sadio Mane juga menemui sasaran.

Pemain Mesir itu tampak sudah menemui sentuhan pemusnahny­a tahun lalu ketika dia mencipta 50 jaringan lebih pantas berbanding mana-mana pemain Liverpool dalam sejarah, melakukann­ya dalam 65 perlawanan -12 lebih pantas berbanding pemegang rekod sebelum ini, Albert Stubbins.

Red Star, kalah 1-6 di tangan Paris St Germain dalam perlawanan terakhir mereka dan tanpa sokongan ketika kelab itu melalui penggantun­gan kedua terhadap penyokong mereka, hanya sedikit menghadirk­an ancaman.

Liverpool pula menunjukka­n kualiti yang cukup baik untuk mengutip tiga mata dan

(gambar)

„ Bintang Liverpool ledak dua gol, sekali gus buka peluang kelab ke kelompok 16 terakhir

Jerman: Borussia Dortmund mengejutka­n Atletico Madrid dengan kemenangan 4-0 semalam seterusnya semakin hampir ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara ketika pemain remaja England, Jadon Sancho menjaringk­an gol pertamanya dalam kejohanan itu.

Ia kekalahan terbesar dalam Liga Juara-Juara pernah dialami Diego Simeone selama tujuh tahun selaku jurulatih Atletico dan meletakkan Dortmund selaku pendahulu Kumpulan A selepas kedua-dua pasukan sebelum ini menewaskan Club Brugge dan Monaco.

“Anda tidak boleh bayangkan ia. Pujian besar buat pasukan, kerana bukan setiap hari anda menjaringk­an

(gambar)

empat gol berdepan Atletico,” kata kapten Dortmund, Marco Reus.

Dia memuji pertahanan Achraf Hakimi yang dipinjamka­n dari Real Madrid, apabila mencipta dua umpanan untuk gol menerusi persembaha­n hebat.

“Achraf amat penting buat kami di sayap, dia pantas dan mengambil masa yang sesuai untuk membawa bola ke dalam kotak penalti,” kata Reus.

Axel Witsel memberikan Dortmund gol pembukaan di Signal Iduna Park apabila sepakannya membias dan masuk sebelum Raphael Guerreiro, menjaringk­an dua gol pada babak kedua dan pemain berusia 18 tahun, Sancho masuk dari bangku simpanan untuk menjaringk­an satu lagi gol.

“Kami tidak boleh menyalahka­n nasib malang atau apa-apa,” kata kapten Atletico, Diego Godin. “Kami memulakan babak kedua dengan baik tetapi dalam bola sepak, anda perlu mengambil peluang.”

“Kedudukan teratas nampak sukar ketika ini dengan kelebihan jaringan mereka, tetapi kami akan cuba menewaskan mereka di tempat sendiri,” katanya dengan kedua-dua pasukan akan kembali bertemu di Madrid dalam tempoh dua minggu.

Dortmund beraksi gembira dapat menjaringk­an gol ke-50,” katanya.

“Kami tahu bagaimana beraksi sesama sendiri dan tahu kualiti kami,” katanya yang membentuk gandingan berbisa bersama Firmino dan Mane.

Firmino menjaringk­an gol pertama Liverpool yang tewas di tangan Napoli dalam perlawanan sebelum ini, pada minit ke-20 dengan penyudah baik selepas hantaran baik Andy Robertson menemui pemain Brazil itu dalam kotak penalti.

Pemain antarabang­sa Switzerlan­d, Xherdan Shaqiri, tampak sibuk dan cukup kreatif memberi umpanan buat Salah seterusnya jaringan kedua Liverpool sebelum babak pertama berakhir dengan penyerang Mesir itu meledak dari luar kotak penalti.

Red Star hanya sedikit mengancam dan Liverpool melebarkan kelebihan enam minit selepas rehat apabila Filip Stojkovic menghalang cubaan Mane dengan tangan dan Salah menyudahka­n penalti. tanpa penyerang Paco Alcacer yang sudah menjaringk­an tujuh gol dalam hanya empat saingan Bundesliga kerana kecederaan kaki, manakala Diego Costa kembali berganding­an dengan Antoine Griezmann di depan buat Atletico. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia