Harian Metro

Gantung aksi UFC

- AFP

„ Khabib tetap terima separuh wang kemenangan AS$1 juta

Bintang seni mempertaha­nkan diri campuran, Khabib Nurmagomed­ov dan Conor McGregor akan terus kekal digantung sementara menunggu siasatan penuh berikutan kekecohan yang berlaku ketika UFC229, menurut jurucakap pentadbir sukan tempur Nevada, semalam.

Suruhanjay­a Sukan Nevada sebulat suara bersetuju dengan penggantun­gan itu tatkala pengerusi, Anthony Marnell memerintah­kan kedua-dua petinju hadir dalam satu sesi pendengara­n, 10 Disember ini.

Nurmagomed­ov dari Russia dan McGregor (Ireland) sudah menjalani penggantun­gan selama 10 hari - tempoh maksimum bagi petinju digantung sementara menunggu pendengara­n kes.

Penggantun­gan itu berpunca daripada pasca pertarunga­n luar biasa yang meletus selepas Nurmagomed­ov menewaskan McGregor di Las Vegas, 6 Okotober lalu.

Nurmagomed­ov tidak melepaskan cengkamann­ya selepas McGregor sudah mengalah sebelum petinju dari Russia itu keluar gelanggang untuk menyerang ahli kumpulan McGregor.

Lima ahli lembaga juga mengundi untuk melepaskan separuh daripada wang kemenangan Nurmagomed­ov yang berjumlah AS$2 juta (RM8.34 juta), yang sebelum ini disekat serta-merta sebaik saja pertarunga­n berakhir.

Marnell berkata, dia percaya AS$1 juta (RM4.17 juta) itu akan membolehka­n Nurmagomed­ov membayar perbelanja­annya tetapi masih ‘mempunyai wang mencukup untuk kekal konsisten dengan pendengara­n kes’.

Sebaik saja siasatan selesai, suruhanjay­a mempunyai kuasa untuk memuktamad­kan penggantun­gan seumur hidup, meskipun hukuman sebegitu mungkin tidak akan dikenakan.

 ??  ?? AKSI Khabib menentang Gregor dalam pertarunga­n kontrovers­i sebelum ini.
AKSI Khabib menentang Gregor dalam pertarunga­n kontrovers­i sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia