Harian Metro

Kemelut tunggakan gaji pemain Perlis berakhir

-

Kangar: Isu gaji pemain Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang tertunggak lebih RM460,000 sejak Mac lalu, dianggap selesai.

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie (gambar) berkata, isu gaji yang membabitka­n 34 pemainnya kini selesai selepas pihaknya mengadakan pertemuan tertutup bersama pemain selama tiga hari yang berakhir kelmarin. Katanya, pihaknya akan melakukan pembayaran kepada pemain mengikut perjanjian yang sudah dibincangk­an dalam pertemuan berkenaan.

“Saya sudah berjumpa dengan pemain yang beraksi di Liga FAM, Piala Presiden dan Piala Belia bagi membincang­kan hala tuju mereka sejak Isnin lalu.

“Saya anggap perkara ini (gaji tertunggak) selesai selepas satu kata sepakat antara saya dan semua pemain diambil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahmad Amizal bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai kaedah pembayaran yang akan dilakukan pihaknya kerana ia termaktub di dalam perjanjian bersama mereka.

“Sekarang ini, kita mahu buka buku baru dan fokus pada pembanguna­n PFA di semua peringkat. Kita juga kini dalam persiapan untuk membentuk satu pasukan bernafas baru bagi bersaing dalam Liga Malaysia pada musim hadapan,” katanya.

Sebelum ini, NSTP melaporkan PFA gagal menjelaska­n gaji tertunggak yang sejak

Mac lalu sehingga bekas jurulatihn­ya,

Manja

Man menyerahka­n isu terbabit kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mencari jalan penyelesai­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia